Bab 17 - RAYYAN MIKHAEL

3.3K 93 3
                                    

Sudah 3 hari berlalu, pencarian Mya masih gagal. Rayyan pula semakin tidak tentu arah apabila khabar berita tentang Mya langsung tiada. Dia juga hampir hampir ingin meminum air beralkohol, akan tetapi nasib baik Fendi dan Giey sempat menghalangnya.

"Boss! Boss!" panggil Fendi dengan nada suara yang sedikit menjerit. Kalau di lihat, ekspresi wajahnya kelihatan gelabah saja selepas dia merempuh masuk ke dalam bilik Rayyan. Manakala Rayyan yang terbaring di atas sofa itu perlahan lahan membuka mata.

"Apa benda kau ni? Gelabah je memanjang" respon Rayyan acuh tak acuh itu.

"Tengok ni!" Fendi menayangkan satu rakaman video pada wajah Rayyan.

Dengan rasa malas serta berat mata Rayyan menggerling pada skrin telefon milik Fendi. Kemudian itu, bijik mata Rayyan langsung terbuntang luas. Rayyan bangun dari baringan dengan pantas lalu merampas telefon itu dari tangan Fendi.

"M.. Mya?" Bagaikan mahu luruh jantung Rayyan melihat rakaman yang ditayangkan itu adalah Mya bersama seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah..

Khairul! Musuh ketatnya!

"Rayyan.. perempuan kesayangan kau ni sedap jugak eh? Tak sia sia aku culik dia.." kata Khairul dengan ketawa jahatnya itu. Kemudian, dia mencengkam kuat pada rambut Mya dan menghalakan kepala Mya ke arah kamera.

"Ha! Kau tak nak cakap apa apa dekat jantan kesayangan kau? Cakap laa yang kau ni dah kena sentuh dengan aku.. cakap cakap!" herdik Khairul dengan menolak nolak kepala Mya itu.

Mya pula tidak berhenti dari menangis. Dia juga tidak mampu mengungkapkan kata. Biarlah wajahnya yang basah itu sahaja dapat memberitahu kepada Rayyan.

Melihat Mya sebegitu rupa cukup membuatkan diri Rayyan sakit. Sakit melihat orang yang dia sayang menangis keseksaan. Pada waktu yang sama, Rayyan menggengam kuat pada telefon Fendi akibat terlampau geram dengan wajah Khairul yang kelihatan cukup bahagia dan senang memperlakukan Mya seperti itu.

"Rayyan.. Rayyan.. Rayyan.. mesti kau nak tahu kan kenapa aku buat dia macam ni? Aku buat dia macam ni sebab aku dah tak tahan dah Rayyan.. kau lambat sangat nak datang selamatkan perempuan ni.. so alang alang kau lambat.. aku makan la dulu.. tak salah kan aku jamu selera dulu sebelum kau?" ujar Khairul dengan suara melerek itu. Sengaja mahu menyakitkan hati Rayyan.

Nafas Rayyan semakin tidak stabil. Turun naik bagaikan dirinya tersesak nafas.

"ARGH!!!" Dibaling telefon pintar Fendi itu ke arah dinding dengan kuat.

Rahang Fendi jatuh ke bawah akibat terkejut dengan kelakuan luar jangkaan bossnya yang baru saja melemparkan telefon pintarnya itu ke arah dinding.

"T.. telefon.. aku.." gumam Fendi dengan anak mata tidak lepas melihat telefon kesayangannya yang sudah berkecai di atas lantai itu. Kira kira hampir sudah 3 tahun telefon itu bersamanya.

"Kau tahu lokasi tu dekat mana?" tanya Rayyan dengan tatapan mata sangat tajam serta lurus memandang ke hadapan itu.

"Saya dapat tahu lokasi ni dekat Thailand, boss.." balas Fendi sayu. Matanya masih curi curi pandang ke arah telefonnya.

"Apa?! Dekat Thailand?!" Lekas Rayyan bangun dari sofa. Terkejut mendengar tentang keberadaan Mya.

Ku sangka di Malaysia, ternyata di Thailand.

"Aku tak kira! Aku nak gerak sekarang ni jugak! Siapkan semua! Aku nak bertolak ke Thailand sekarang ni jugak!" arah Rayyan dengan suara lantangnya.

"Baik boss!" Fendi mula berlari keluar dari bilik Rayyan. Dan buat kali terakhirnya Fendi memandang ke arah telefonnya sebelum dia terus berlari keluar dari bilik Rayyan itu.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now