Hari perkahwinan Rayyan bersama Kiera sudah pun tiba. Rayyan di belakang dewan itu bersiap sedia berbincang rancangannya bersama dengan Fendi.
"Good luck" kata Rayyan sebelum bahu Fendi di tepuk untuk menaikkan lagi semangat dalam diri anak buahnya itu.
Fendi membuat gaya tangan 'ok' . Dia pun tidak sabar untuk memainkan rakaman yang sangat panas di skrin besar sebentar sahaja lagi.
"Kesian awak Mya.. saya ingatkan awak jadi isteri kepada boss saya.. sebab boss saya pun pernah cakap yang awak adalah bakal isteri dia" kata Kaisar yang berada di sebelah Mya itu. Dia turut rasa kecewa apabila pernikahan bossnya itu bukan bersama yang dia anggap selama ini.
"Itu la.. saya ingatkan awak isteri boss.. rupanya sepupu dia tak siuman tu jadi isteri dia.. haish nasib malang betul la boss saya tuu" celah Giey yang berada di sebelah Kaisar itu. Sungguh jelas riak wajah Giey menunjukkan dia tidak menyukai si Kiera.
Mya hanya mampu mengulum senyuman pahit sahaja mendengar lontaran kata kata itu. Walau pun hatinya terasa sakit apabila terpaksa datang majlis perkahwinan Rayyan dengan perpakaian dress putih dari pemberian Rayyan.
Entah apa la yang di paksakan sangat suruh pakai dress dia bagi ni. Tetapi biarlah untuk kali terakhir dia mengikut permintaan Rayyan sebelum dia pergi jauh daripada Rayyan buat selama lamanya nanti.
Serentak Mya berpaling ke pentas, dia terlihat Rayyan telah pun melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan seorang lelaki yang berusia dalam 56 tahun. Sungguh kacak dan bergaya melihat Rayyan berpakaian seperti itu. Tapi apakah daya lelaki yang telah bersamanya dalam tempoh agak panjang dan akhirnya menjadi milik perempuan lain. Dan perempuan itu adalah sepupunya sendiri.
Mya perlahan lahan menundukkan kepalanya memandang bawah seraya menarik nafas mendalam lalu menghembus nafas begitu berat. Tidak tahu la sama ada dia mampu bertahan sampai akhir majlis ataupun tidak. Kakinya sekarang berura ura mahu melangkah pergi. Tidak sanggup dirinya mendengar lafaz akad nikah Rayyan kepada perempuan lain.
Kiera mengukir senyuman manis kepada tetamu yang datang. Hatinya membuak buak rasa gembira dan senang tatkala Rayyan telah menjadi miliknya. Tidak sia sia rancangannya untuk dapatkan Rayyan sudah berhasil secepat ini.
Sambil mata Kiera meliar liar melihat tetamu yang datang dan secara tidak sengajanya bola matanya terhenti pada Mya yang sedang tertunduk duduk di atas kerusi. Agaknya tidak sanggup la tu melihat majlisnya. Senyuman puas terukir kecil pada bibir Kiera.
Mya yang menunduk pandangan ke bawah itu perlahan lahan mengangkat wajah. Dia terpesona melihat Kiera yang berdiri statik dengan gaun yang sangat mahal itu. Senyuman pahit mula menghiasi wajahnya.
Setelah itu, pengantin perempuan mula berjalan penuh berhati hati menuju ke pentas dan diiringi oleh ibunya di sisi. Sepanjang Kiera berjalan, tetamu tidak berhenti dari menepuk tangan. Begitu juga dengan Mya. Tetapi tepukkan Mya tidak lah semangat tetamu yang bertepuk itu. Hanya sedang sedang sahaja.
Usai tiba di pentas, Kiera duduk di kerusi panjang pengantin bersetakan senyuman tidak lekang pada bibir. Ibunya sempat mengucup dahi Kiera sebelum melangkah turun dari pentas.
"Dah bersedia?" tanya ayah Kiera yang berada di hadapan Rayyan. Tidak lupa 4 saksi di sekelilingnya itu.
Rayyan memandang wajah ayah Kiera dengan penuh debaran dalam diri. Dia merengus panjang lalu melihat ke arah belakang dewan.
"Cepat la Fendi.."
"Rayyan?" panggil ayah Kiera dengan kening dijongket sebelah.
Dengan rasa gugup dalam diri, perlahan lahan Rayyan mengangkat tangan dan berjabat dengan tangan ayah Kiera. Sementara Kiera di atas kerusi pengantin itu tidak lepas dari tersenyum sinis ke arah Mya.
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...