Fendi membuka pintu bilik cctv buat Rayyan.
"Boss!" Jack langsung berdiri tatkala dia menyedari kedatangan Rayyan yang telah melolos masuk dalam bilik cctv itu.
Rayyan mengangguk sebelum dia melangkah mendekati Jack.
"Aku nak kau check balik kereta yang lalu lalang dekat sini hari tu" arah Rayyan.
"Baik!" Jack kembali duduk. Kerusi beroda itu di tarik rapat ke meja. Tangan pula naik memegang tetikus.
"Ni dia boss.. saya ingatkan kereta siapa.. tapi kalau dah setiap hari lalu lalang dekat sini.. naik pelik jugak saya dibuatnya.. tambah pulak peliknya yang no plate kereta tu dia pergi tututp dengan kertas" ujar Jack bersungguh sungguh.
Rayyan menggerling sekilas ke arah Jack sebelum dia mendekatkan dirinya ke arah skrin komputer agar kereta yang dimaksudkan dalam rakaman cctv itu dapat dia dikenal pasti.
"Fendi"
"Ye boss?" jawab Fendi dengan pantas.
"Kau ingat tak kereta anak buah Khairul macam mana?" soal Rayyan yang masih setia lagi menatap pada skrin komputer itu.
"Saya rasa kereta anak buah dia macam ada sticker besar dekat belakang" jawab Fendi.
"Kau ingat gambar sticker macam mana?"
"Rasanyaa.. naga kot.."
Rayyan berdecit ketawa.
"Sah. Ni mesti Khairul punya rancangan."
"Maksud boss? Ni kereta anak buah Khairul?"
"Ye. Tapi aku pelik laa.. kenapa dia still lagi nak kacau tempat aku? Dah terang terangkan tempat ni dah jatuh pada tangan aku? Apa lagi dia tak puas hati?" ujar Rayyan dengan wajah bengangnya.
"Macam kita tahu.. tempat boss ni kan serba lengkap.. macam markas diorangkan... errr entah laa tak tahu nak cakap.. tapi saya pendekkan markas diorang buruk" kata Fendi. Tak tahu macam mana lagi dah nak cover tutur kata. Tak apa la, kali ni kita main lepas je cakap.
"Aku faham. Tak apa. Kita tengok sejauh mana dia nak main dengan aku.. tapi korang kena behave okay? Jack, kau kena selalu pantau cctv okay?"
"Okay boss."
"And kau Fendi.. bagitahu yang lain suruh berjaga jaga.. aku nak setiap bangunan ni di kelilingi.. jangan sampai anak buah dia masuk dalam kawasan kita.. faham?"
"Faham boss."
"And also Jack.. kau tengok balik pukul berapa selalu kereta diorang tu datang sini" pinta Rayyan. Sisi meja itu ditongkatkan sebelah tangannya.
Jack mengangguk sebelum dia mengzoomkan sedikit bahagian masa dan tarikh pada skrin komputer itu.
"Dalam sekitar pukul 6/7 petang macam tu" beritahu Jack setelah menilit pada skrin komputer yang tertulis jelas masa dan tarikh tersebut.
Mendengar sahaja jawapan dari Jack, Rayyan terus menilit pada jam pergelengan tangannya. Sekarang sudah pukul 5:40 petang. Jadi hanya berbaki beberapa minit lagi kereta anak buah musuhnya itu akan meronda ronda di kawasan miliknya ini.
"Fendi, kau pergi bagitahu diorang sekarang suruh kelilingi bangunan ni.. aku risau kalau anak anak babi tu ceroboh masuk sini" arah Rayyan tegas. Buat kali pertama mulut Rayyan tidak dapat di kawal. Kalau perasaan marah dah mendadak memang perkataan kesat lah yang bakal akan keluar.
"Baik boss!" akur Fendi yang mematuhi arahan dari Rayyan itu sebelum dia menapak keluar meninggalkan Rayyan dan Jack sahaja dalam bilik cctv itu.
"Boss" panggil Jack penuh berhati hati. Kepala didongakkan sedikit melihat wajah Rayyan oleh kerana dia duduk manakala Rayyan berdiri.
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...