Bab 28 - RAYYAN MIKHAEL

3.5K 95 1
                                    

Usai selesai menemani Kiera memilih baju pengantin di sebuah butik, Rayyan terus memecut pulang ke bangunan miliknya setelah menghantar Kiera kembali di rumah ibunya.

Sebelum memecut pergi, mustahil la si Kiera tidak merungut. Berkeras tidak mahu melepaskan tangan Rayyan. Katanya belum puas meluangkan masa bersama.

Dan pelbagai alasan juga la seketul Rayyan ini lontarkan dan akhirnya Kiera melepaskan juga tangannya dengan gaya protes. Malas sungguh mahu melayan perangai gedik si Kiera itu. Belum kahwin pun dah macam ni kena hadap, apatah lagi selepas kahwin?

Tetapi bagi Rayyan menjadi suami kepada Kiera mustahil itu berlaku..

Turun sahaja dari motor seraya membuka helmet Rayyan melangkah masuk ke dalam. Sambil sambil berjalan masuk, dia mengurut sedikit pada bahagian bahunya.

"Ha nasib baik la boss dah balik" tegur Kaisar yang baru saja keluar dari lif.

"Kalau aku balik kenapa?" soal Rayyan dengan kening terangkat sebelah. Dingin saja kedengaran suara Rayyan di telinga Kaisar.

Kaisar menelan air liur dengan kasar. Meskipun terasa agak gugup apabila melihat raut wajah bossnya itu seperti tiada mood, dia cuba mengawal dirinya agar kelihatan tenang.

"Tak. Tadi saya nak ajak Mya keluar makan sebab saya dah janji dengan dia nak belanja dia makan.. tiba tiba dia cakap tak nak sebab dia kata dia tak boleh nak berdiri" kata Kaisar mengadu tentang Mya.

Rayyan memasang telinga mendengar kata Kaisar itu perasan cemburu mula terasa. Keluar makan sekali?

Akan tetapi cepat cepat di buang perasan cemburu itu dan menayangkan wajah riak biasa.

"Tak boleh berdiri?" soal Rayyan kembali bersama kening dijongket sebelah.

"Haah. Dia cakap perut dia sakit."

Rayyan mula risau.

"Dia kat mana?"

"Bilik atas."

Tanpa banyak soal lagi, Rayyan langsung menekan butang lif dan melangkah masuk. Butang tingkat 2 di tekan.

Pendek kata, sampai sahaja bilik Mya, Rayyan menerjah masuk. Terlihat Mya sedang terbaring di atas katil sambil memegang perut bersertakan dengan dahi berkerut kerut menahan sakit.

"Mya kau sakit kenapa?" tanya Rayyan cemas.

"Sa.. saya baru je dapat tahu saya ni datang bulan tadi.. tiba tiba perut ni rasa sakit sangat.. belakang pun rasa lenguh je tak boleh nak berjalan langsung.." balas Mya dengan posisi kekal sama.

"Tunggu kejap." Rayyan bangun dari duduk dan berjalan ke arah meja. Laci meja di buka. Dia mengambil hot water bag lalu melangkah menuju bilik air. Dia membuka pili air dan mengisi air tersebut dalam hot water bag.

Setelah selesai, Rayyan berjalan keluar dari bilik air sambil memulas penutup agar ketat. Mya terbaring sakit di atas katil itu di labuhkan punggungnya di sebelah Mya.

Tanpa perasan malu, tangan Rayyan naik mahu menyelak baju Mya.

"Eh! Apa ni?!" Mya menepis tangan Rayyan.

"Nak letak benda ni la. Kenapa?" jawab Rayyan dengan ekspresi wajah blur.

"Ish! Biar saya buat sendiri lah!" bentak Mya seraya merampas hot water bag itu dari tangan Rayyan. Dia memusingkan badannya membelakangi Rayyan.

"Dah makan belum?" soal Rayyan. Terasa janggal pula apabila antara mereka tidak bersuara.

Mya hanya membalas dengan gelengan kepala sahaja.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now