Tidak berhenti Kiera mundar mandir di ruang bilik tidurnya, memikirkan rancangan bagaimana mahu perangkap Rayyan.
"Sekarang dah 7 malam.. mama Dina pun belum balik lagi.." omel Kiera. Seterusnya, dia mula melabuhkan punggungnya di sisi katil. Idea idea untuk musnahkan hidup Rayyan masih lagi difikirkan.
"Kalau aku tak bahagia.. kau pun tak boleh bahagia jugak, Rayyan." Genggaman pada cadar katil itu digenggam erat.
Ting!
Satu notifikasi muncul di skrin telefonnya. Kiera menoleh ke tepi seraya membaca mesej yang terpapar pada skrin telefon itu.
"Balik lewat?" Kiera menggulingkan mata lalu merengus menyampah.
"Orang tua ni pun satu.. tak habis habis dengan kerja dia.. asyik asyik sidai aku je dekat rumah ni.. nak keluar shopping pun tak boleh.." bebel Kiera sendirian.
Lantas Kiera bangun dari duduk lalu berjalan ke arah tingkap.
"Eh jap! Kalau mama Dina cakap dia balik lewat maknanya.." Bibir ditarik mengukir senyuman sinis. Dia kemudiannya langsung berlari ke arah katil semula lalu telefon pintarnya di capai.
Kenalan seseorang di cari sebelum dia menekapkan telefon itu pada telinganya. Dia berdehem seketika. Tidak sampai beberapa minit panggilan itu di sambung.
"Hello? Siapa ni?"
"Rayyan.. tolong I.. mama you tak sedarkan diri dalam bilik I ni.. I dah cuba kejutkan dia tapi dia tak bangun bangun.. I takut la Rayyan.."
"What?! Macam mana mama aku tak sedarkan diri? Pak Cik Liyas mana?!"
"I tak tahu Rayyan.. I dah call Pak Cik Liyas.. dia cakap tayar kereta pancit tepi jalan tak boleh nak balik"
"Habis tu kau dengan mama aku je la dekat rumah tu?"
"Haah.. I nak bawak kereta tapi I tak pandai nak bawak.. tolong Rayyan balik cepat.. mama you memang langsung tak bangun ni.. I takut.."
"Kau tunggu! Aku balik sekarang!"
"Cepat tauu.."
Panggilan itu langsung diputuskan oleh Kiera. Terus tercetus tawa jahatnya lalu merebahkan badannya atas katil.
"Haihh.. senang betul gula gulakan you eh Rayyan?" Kiera ketawa senang hati.
꧁❦♛𝗥𝝠𝗬𝗬𝝠𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗛𝝠𝗘𝗟♛❦꧂
Dengan tergesa gesanya Rayyan turun dari motorsikal setelah dia sampai di rumah ibunya. Pintu ditolak kasar lalu melangkah besar ke arah anak tangga. 2 tangga dilangkah lalu terus menuju ke bilik Kiera.
"Mama!" jerit kecil Rayyan yang sudah pun merempuh masuk ke dalam bilik Kiera. Dia melihat sekeliling mencari di mana keberadaan ibunya. Dia melangkah masuk ke dalam lagi lalu bola matanya terhenti pada sekujur tubuh yang berselimut penuh di atas katil.
Rayyan berlari lalu terduduk di birai katil. Dia terasa pelik. Dah kenapa tertutup macam pocong ni? Mama aku dah mati ke?
Dengan perlahan lahan tangan Rayyan naik menyentuh tubuh itu bahkan terasa agak lembut. Untuk lebih memastikan Rayyan cuba membuka selimut itu dan..
"Arkk!!" Rayyan terus rebah atas katil.
Kiera mengukir senyuman sinis. Kayu golf dilepaskan ke lantai lalu melihat Rayyan yang sudah tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...