Bab 15 - RAYYAN MIKHAEL

3.5K 94 0
                                    

Kereta yang dipandu oleh Giey selamat tiba di bangunan milik Rayyan. Dia menurunkan handbreak lalu menghela nafas panjang.

"Apa aku nak jawab dengan boss ni.." gumam Giey. Sepanjang dia bawa kereta dirinya tidak berhenti dari gelisah. Nak bawa kereta pun tak senang asyik memikirkan tentang bossnya akan marah besar kepadanya nanti.

Enjin kereta dimatikan lalu melolos keluar dari perut kereta. Dia menarik nafas dan hembus secara perlahan lagi.

"Minta minta la dia tak mengamuk.. kalau tak mampus aku nanti" omel Giey sebelum mengatur langkah masuk ke dalam bangunan tersebut.

Masuk sahaja ke dalam, Giey terlihat Fendi dan Rayyan sedang berbual tanpa henti. Melihat wajah Rayyan membuatkan dirinya semakin gelisah.

Giey menarik nafas paling mendalam lagi dan lagi lalu hembus secara perlahan. Seterusnya, dia mula mengatur langkah menghampiri Rayyan dan Fendi itu.

"B.. boss" panggil Giey gugup. Tidak dapat nak kawal lagi kalau dah dekat macam ni.

Rayyan pantas menoleh.

"Giey? Dah sampai dah?"

Giey mengangguk takut dengan pandangan mata memandang lantai.

"Mya mana?"

Damn! Soalan yang dinantikan telah pun keluar dari mulut Rayyan. Giey memejam matanya rapat. Tangan serta muka mula terasa berpeluh.

"Giey? Aku tanya kau ni, Mya mana?" Suara Rayyan sedikit meninggi. Orang tanya ni, tak jawab pulak!

"Nak tak nak aku kena bagitahu jugak pasal ni." cetus hati Giey.

"M.. Mya.. Mya kena culik, boss."

Mendengar saja tutur kata keluar dari mulut Giey, langsung mata Rayyan terbuntang luas.

"Apa?! Kena culik?!"

Giey memejam matanya rapat. Sedikit bingit dengan suara lantang bossnya itu.

"Macam mana dia kena culik hah?!" Wajah Rayyan mula bengang. Matanya sudah tentu mencerlung tajam pada wajah ketakutan Giey itu.

"M.. macam ni.. saya suruh dia pergi ambil makanan dia yang tertinggal tu.. lepas tu saya pulak pergi la beli makanan dekat kedai jauh sikit dari emart.. after siap beli tu.. saya datang la dekat kereta semula.. tengok tengok dia tak sampai lagi.. so saya buat la keputusan nak pergi tengok dia dalam emart.. tapi dia tak ada.. pekerja kat situ cakap dia dah keluar.." Giey berhenti seketika. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum bersuara kembali.

"Lepas tu, saya ternampak ada plastik dekat atas jalan.. saya ingatkan sampah rupanya makanan tteokbokki milik Mya.. so saya syak dia kena culik." Tamat penjelasan Giey. Dia menelan air liurnya kasar. Nafas sejak dari tadi lagi tidak stabil. Takut jikalau Rayyan bertindak yang bukan bukan terhadapnya.

Mendengar penjelasan Giey, Rayyan meraup wajahnya dengan kasar. Nafas mula turun naik.

"Giey"

Giey langsung berpaling ke arah Fendi.

"Kau parking kereta menghadap mana?"

"Menghadap belakang.. tapi betul betul depan emart.. kenapa?"

"Kereta kau ada dashcam kan?"

"Ada."

"Kau tutup ke dashcam kau?"

"Aku selalu buka. Tak pernah hayat aku tutup dashcam kereta aku."

Fendi mengukir senyuman. Ini la yang kita mahukan.

"Boss, kita check dashcam kereta Giey.. mana tahu dari situ kita boleh tengok siapa yang culik Mya?" ujar Fendi sambil memandang wajah bengang Rayyan itu.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now