Bab 27 - RAYYAN MIKHAEL

3.3K 93 3
                                    

8:32 malam. Gelak tawa Mya bersama anak anak buah Rayyan pecah di ruangan besar itu sambil bermain chess di atas meja.

"Hebat doh Mya main.. kalah si Kaisar dibuatnya" puji Xian.

"Itu la tu.. tak tahu la pulak dia pandai main" sokong Wan.

"Yes! Menang!" jerit kecil Mya seraya mengangkat kedua belah tangannya tinggi ke udara lalu menepuk nepuk tangannya kecil. Seronok dapat kalahkan lelaki.

"Wah! Caiyaa ahh Mya! Haa Kaisar.. apa lagi? Belanja lerr Mya makan" kata Wan kepada Kaisar.

"Haa! Betul tu! Siapa suruh buat perjanjian sebelum permainan mula tadi? Kan senjata dah makan tuannya sendiri?" Mya tersenyum lebar buat Kaisar. Sengaja mahu menyebalkan lagi Kaisar yang cemberut masam muka itu.

Rayyan yang baru saja melintasi ruangan besar itu terhenti. Dia memandang satu persatu anak buahnya sebelum bola matanya terhenti pada Mya.

"Boss, nak join tak?" pelawa Kaisar dengan penuh semangat agar Rayyan itu bersetuju.

Mya yang bersuka ria itu perlahan lahan berpaling ke arah Kaisar di mana lelaki itu memandang. Senyuman gembira bertukar menjadi pudar.

"Tak apa la. Korang main je la. Aku ada kerja sikit" jawab Rayyan acuh tak acuh. Dia kemudiannya kembali berjalan meninggalkan ruangan besar itu dengan perasaan cemburu mendadak dalam diri.

Kaisar yang tersenyum lebar agar bossnya bersetuju bermain bersama tadi, kini berubah menjadi senyuman hambar tatkala balasan bossnya tadi. Ala tak dapat la nak larikan diri macam ni. Terpaksa jugak la belanja. Hmm.

Langkah keluar sahaja kaki Rayyan itu dia terus menyandarkan diri pada dinding lalu meraup rambutnya ke belakang.

Hatinya terasa sakit. Sakit yang amat melihat gadis kesayangannya bergelak tawa dengan orang lain. Meskipun anak buahnya sendiri, dia tetap merasa cemburu.







               ꧁❦♛𝗥𝝠𝗬𝗬𝝠𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗛𝝠𝗘𝗟♛❦꧂








Awal pagi lagi Mya keluar pergi berjonging di kawasan tidak jauh dari bangunan. Dia di temani oleh 4 orang anak buah Rayyan iaitu Kaisar, Wan, Xian dan Mario. Setelah kesian lama memanaskan badan, mereka berlima memutuskan untuk pulang.

"Aihh.. penatnya.." keluh Kaisar yang terhuyung hayang berjalan lalu duduk di kerusi batu yang sedia ada di bawah pokok.

"Alaa lembik la kau ni.. baru joging 3 km dah penat dah.. kata jantan" sindir Wan seraya turut duduk di kerusi batu itu. Dituruti dengan Xian, Mario dan juga Mya.

"Entah. Saya yang perempuan ni pun belum rasa penat lagi tau" puji Mya pada dirinya sendiri. Dan seperti biasa muka bangga harus ditayangkan.

"Mya tak apa la dah biasa.. Kaisar ni belum biasa lagi.. paling jauh Kaisar joging pun 500 meter je haa" jawab Kaisar membela diri.

"500 meter ke 5 meter?" Xian mencelah sambil kening terangkat sebelah. Tidak lupa senyuman mengusik terukir pada bibirnya itu.

"Eh 500 meter lah!" bentak Kaisar dengan dahi berkerut kerut memarahi Xian.

Ketawa Xian terus tercetus. Tak usik Kaisar seharian memang tak sah si mata sepet ni.

Mya yang ketawa itu perlahan lahan berhenti. Perjanjian semalam tiba tiba terlintas di fikirannya.

"Ni Kaisar. Malam semalam awak kalah main chess dengan saya kan? So memandangkan malam semalam tak boleh pergi.. apa kata petang ni awak bawak saya pergi? Amacam?" Mya menggerak gerakkan kening.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now