Bibir merah Kiera mengukir senyuman lebar sambil menyilang tangan pada dada. Suka melihat air muka Mya yang terkejut dengan kehadirannya itu.
"P.. puan Kiera buat apa dekat sini?" soal Mya gugup dengan perlahan lahan bangun dari duduk.
"Eh? Suka hati aku la nak buat apa pun? Tempat kau ke dekat sini? Ada nama kau? Ha?" Angkuh sungguh percakapan Kiera itu. Orang tanya elok elok, macam tu pulak dia respon.
Elok humban je dia masuk tasik sana.
Dengar saja jawapan keluar dari mulut Kiera, Mya mengemam bibir sambil menggeleng kepala.
"Aku tahu. Kau datang sini dengan Rayyan kan?" tembak Kiera.
Mya terserentak. Takut takut dia mengangguk kepala tanpa memandang Kiera. Seeloknya pandang lantai simen yang tak berupa je la. Dapatlah hilang sikit rasa gugup dalam diri Mya itu.
"Sayang betul dia dekat kau eh? Sampai sanggup keluar cari kau waktu hujan lebat malam tu.. dan pencarian dia tak sia sia.. jumpa jugak kau.." kata Kiera sambil mencebik bibir yang pura pura terharu dengan kisah romantik Rayyan terhadap Mya.
Mya tiada kata ingin ungkapkan. Dia hanya menundukkan pandangan sahaja memandang lantai simen itu.
"Tapi nanti kau akan di sia sia kan jugak sebab tak lama lagi Rayyan akan kahwin dengan aku.. jadi sebelum awal bulan depan.. kau spend time je la dengan dia dulu eh bulan ni? Sebab awal bulan depan dia dah jadi hak milik aku" ujar Kiera dengan senyuman lebar.
Mendengar sahaja ujaran itu, Mya tertarik untuk memandang wajah Kiera. Kepala di angkat.
"Kahwin dengan Puan Kiera?" soal Mya tidak percaya.
"Yaa~"
"Sa.. saya tak tahu apa apa pun pasal ni?" Terasa sesak nafas Mya sekarang ini. Terkejut dengan fakta yang mengatakan Kiera akan berkahwin dengan Rayyan.
"Oh? Rayyan tak bagitahu eh? Maybe dia lupa la tu sebab sekarang ni kan kitorang tengah sibuk buat persiapan sebab esok pun kitorang nak pergi cari baju pengantin sama sama. And kau nak tahu kenapa dia kahwin dengan aku?"
Mya mengangguk kepala.
"Bagus la kalau kau nak tahu.. sebab malam semalam dia dah jalinkan hubungan.." Kiera melangkah selangkah mendekati Mya lalu mendekatkan wajahnya pada telinga Mya
"seks dengan aku." Bisik Kiera pada telinga Mya dan terus menjauhkan diri bersertakan dengan senyuman sinis terukir pada bibir merahnya itu.
Mata Mya membuntang luas.
"Heh! Tak payah la nak terkejut sangat.. tak pelik la Rayyan tu macam mana.. dia pun ada hawa nafsu jugak.. takkan la dia tak tergoda tengok aku kan? Depan kau je dia back up.. belakang hm.. tak payah cakap.. memang anjing kelaparan." Kiera memburuk burukkan Rayyan.
Lidah Mya bagaikan terkunci. Dia jatuh terduduk di atas bangku kerusi sambil menggeleng geleng kepalanya tidak percaya.
"Patut la dia balik lewat.. rupanya ni sebab dia.."
Sedang Kiera tersenyum senyuman itu, matanya terhenti pada susuk tubuh Rayyan yang sedang berjalan menghampirinya. Dengan pantas Kiera melarikan diri meninggalkan Mya yang masih terkejut itu.
"Nah. Untuk kau." Rayyan duduk di sebelah Mya seraya menghulurkan air berperisa susu strawberi itu kepada Mya.
"Saya nak balik" pinta Mya dengan tatapan lurus memandang tasik.
"Ha? Kenapa?" tanya Rayyan pelik. Tiada angin, tiada ribu tiba tiba je nak balik. Baru sampai kot.
"Saya nak balik" ulang Mya lagi. Kini dia berpaling pada wajah blur Rayyan.
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...