Bab 10 - RAYYAN MIKHAEL

4.5K 127 6
                                    

Hari keberangkatan Datin Rosdina ke Italy sudah pun tiba.

"Mama take care tau dekat sana.. jaga diri, jaga makan, jaga minum, jag—"

"Ye ye.. mama tahu Rayyan.. dah berapa kali dah Rayyan pesan.. naik bernanah dah telinga mama ni tauu" seloroh Datin Rosdina. Dari semalam sampai pagi tak habis habis nak ungkapkan nasihat yang sama. Kalau benda dah sama siapa je tak muak kan?

"Alaaa mama ni.." Rayyan membuat muka sedih bersertakan cebikkan pada bibir.

"Dah tak payah nak mengada sangat mama dah lambat dah ni.. so.. Mya.. apa apa info pasal Rayyan bagitahu je saya terus okay? No more simpan rahsia dengan saya pasal dia."

"Baik datin."

"Good. Saya pergi dulu. Jaga diri elok elok." Datin Rosdina menepuk kecil pada bahu Mya sebelum dia mengatur langkah ke arah kereta.

"Take care mama!" laung lantang Rayyan.

Datin Rosdina hanya balas segaris senyuman sahaja sebelum dia melolos masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup oleh Pak Cik Liyas.

"Hati hati bawak kereta Pak Cik Liyas!" jerit kecil Mya.

Pak Cik Liyas balas dengan anggukkan kepala sahaja sebelum dia juga turut melolos masuk ke dalam kereta tempat memandu.

Tinggi lambaian tangan Rayyan ke arah kereta yang di pandu oleh Pak Cik Liyas yang sudah pun bergerak keluar dari pagar rumah.

"Alright! So memandangkan mama aku outstation.. aku bebas.. so kau jangan nak halang halang aku eh?"

"Eh? Kenap—"

"Shut! Tak payah banyak bunyi.. pergi buat kerja kau.. aku nak goyang kaki jap before aku keluar lepas ni" kata Rayyan lalu merempuh bahu Mya masuk ke dalam rumah.

Terdorong kecil Mya ke belakang dek kelakuan tiada adab Rayyan itu. Mya merengus geram dengan memejamkan matanya rapat. Ni kalau aku jadi maam dalam rumah ni dah lama aku hukum dia.

"Woi bebal! Pergi buatkan aku air!" jerit Rayyan yang sedang bergoyang kaki di atas sofa berhadapan dengan kaca tv itu.

Mya memandang tajam ke arah Rayyan dengan genggaman penumbuk. Seterusnya, dia langsung menutup pintu dan berjalan sambil menghentak kecil kakinya menuju ke arah dapur.

"Eeee! Geramnya akuuuu! Kalau kau bukan anak datin.. dah lama aku ganyang kau tauuu!" bebel Mya. Mug yang elok tergantung itu di capai dengan kasar.

"Kejap okay, kejap tak okay perangai tu.. hari tu masa makan mee mamak dengan aku elok je.. dah kenapa dekat rumah behenol semacam je perangai? Ergh!" Serbuk coklat di dalam balang di ambil lalu membukanya. Kemudian itu, air panas dituangkan ke dalam mug.

"Nasib baik la aku ni waras lagi tau.. kalau tak.. aku dah lama letak apa apa serbuk yang boleh buatkan kau khayal tahu tak!" Serbuk coklat yang sudah berada di dalam air itu di kacau kuat sehingga terdengar bunyi sudu berlaga dengan mug.

"Ish!" Sudu di letakkan ke dalam singki lalu membawa mug itu ke ruang tamu.

"Nah. Air dah siap." Mya menghulurkan mug itu kepada Rayyan.

"Oh! Thank you so much my little girl" kata Rayyan sebelum dia menyambut huluan mug itu dari tangan Mya.

Mya pula apabila kedengaran perkataan 'my little girl' dia membuat muka jengkel. Kalau aku muntah atas muka dia boleh tak?

"Eh? Kau nak pergi mana?" tanya Rayyan tatkala dia melihat Mya mahu melangkah pergi.

"Nak buat kerja rumah lah.. nak basuh baju, sidai kain, kemas dapur, kemas bilik, sapu sampah dekat luar sana tu.. banyak lagi laa."

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now