Bab 20 - RAYYAN MIKHAEL

3.6K 93 4
                                    

Sebaik sahaja motorsikal Rayyan masuk dalam pangkaran rumah, Mya yang berada di belakang itu tidak lepas melihat sebuah kereta Alpard yang agak dikenali.

Turun dari motor, anak mata Mya masih tetap memandang ke arah kereta Alpard tersebut. Topi keledar dibuka lalu berikan kepada Rayyan.

"Awak.."

"Hm?" sahut Rayyan sambil membetul ringkas rambutnya pada cermin.

"Mama awak dah balik outstation dah ke?" soal Mya dengan anak mata tetap lurus memandang ke arah kereta Alpard putih itu.

Kelakuan Rayyan terhenti tatkala mendengar ujaran Mya. Dia seterusnya turun dari motor sebelum bola matanya turut bergerak ke arah kereta Alpard putih tersebut.

"Maybe.. Pak Cik Liyas datang kot?" andaian Rayyan yang mahu menyedapkan hati. Padahal dalam hati tu dah fikir yang bukan bukan dah.

Mya memandang Rayyan sekilas lalu bola matanya mula beralih ke arah heels yang elok tersusun di hadapan pintu.

"Ada dua pasang heels? Yang sepasang lagi siapa punya?" gumam Mya dengan dahi berkerut itu. Pelik. Kalau majikan dia balik sekali pun, mesti la hanya sepasang kasut tinggi sahaja. Ni. Dua pasang? Sepasang lagi siapa punya?

Mya mula tidak sedap hati. Dia mengigit kecil bibir di bawah sebelum kaki mula mengatur ke arah pintu besar itu. Tidak lupa Rayyan yang juga turut ikut sekaki dengan Mya di belakang.

Mya menelan air liurnya dengan kasar. Dia memandang Rayyan di sebelah sebelum tangannya naik menolak pintu tersebut.

Setelah pintu terbuka luas, Rayyan melintasi Mya terlebih dahulu.

"Eh? Mama?" tegur Rayyan sedikit terkejut sambil memandang Datin Rosdina yang agak rancak berbual dengan seorang gadis berambut panjang serta berwarna rambut cherry red.

"Haa balik pun.. puas mama cari Rayyan tauu" kata Datin Rosdina. Gadis yang membelakanginya itu perlahan lahan pusing ke belakang.

"Hey, Rayyan." Gadis itu melambai kecil kepada Rayyan dengan senyuman manis terukir.

"Kiera?" Kening Rayyan terangkat sebelah.

Gadis itu mengangguk laju dengan senyuman manis tidak lekang pada bibir. Manakala Mya yang berada di permukaan pintu itu hanya memandang sahaja Rayyan dan gadis itu bersilih ganti.

Tidak lama kemudian, Datin Rosdina memanggil Mya.

"Mya, ikut saya kejap" pinta Datin Rosdina seraya bangun dari duduk dan melangkah ke arah dapur.

Mya mula cuak. Dia mengigit bibir di bawahnya kecil sebelum kakinya melangkah menuju ke arah dapur.

Hilang sahaja kelibat Datin Rosdina dan Mya dari pandangan Rayyan, Kiera langsung melangkah menghampiri Rayyan. Pipi Rayyan di pegang.

"I miss you so much, sayang" ucap Kiera sambil mencebik bibir. Tidak lupa tangannya itu mengusap lembut pada pipi Rayyan.

Rayyan menolak tangan Kiera dengan kasar.

"Asal kau datang sini?" soal Rayyan dingin sambil mengelap kecil pada pipinya. Jijik agaknya bagi Rayyan dengan bekas tangan Kiera yang menyentuh pada pipinya tadi.

"Alaaa.. salah ke I datang sini? I cousin you kot. Anak saudara mama you jugak.. so tak salah la kot nak datang melawat rumah mak saudara sendiri.. dah alang alang jumpa mama you dekat Italy time I tengah travel.. so I ikut la sekali dia balik Malaysia ni" jelas Kiera sambil menyilang lengan pada dada.

Rayyan mengeluh menyampah. Kaki mula mengundur selangkah ke arah belakang untuk jauhkan jarak dia dengan Kiera.

"You look so much handsome, Rayyan. Tak tahu la pulak kan after kita dah tak bersama you banyak berubah sekarang" ujar Kiera dengan senyuman lebar. Sengaja nak ungkit kisah lama.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now