Gila! Datang weeding dia?! Dia sengaja nak sakit kan hati aku dan patahkan hati aku ke masa perkahwinan dia nanti? Dasar sungguh!
"Okay. Saya tunaikan permintaa awak. Lepas je awak sah jadi suami dia. Saya akan pergi."
Rayyan tersenyum lalu mengangguk.
"Okay. But, lepas makan. Aku nak kita luangkan masa bersama dulu, boleh?"
Mya memandang lama pada wajah Rayyan dengan kerutan dahi. Kenapa perlu luangkan masa bersama? Apa dia sengaja nak buat aku tak boleh lupakan dia bila aku pergi nanti?
"Hm." Hanya sepatah sahaja Mya membalas. Tidak lama kemudian, pesanan mereka sudah pun terletak di atas meja.
"Terima kasih" ucap Mya bersama secalit senyuman buat pelayan yang menghantar makanannya itu. Setelah pelayan itu pergi, automatik senyuman itu hilang dari wajahnya.
Sudu dan garfu di ambil lalu mula memotong daging. Bismillah di baca terlebih dahulu sebelum sepotong daging itu masuk ke dalam mulutnya.
Rayyan di hadapan itu hanya mampu curi pandang sahaja ke arah Mya. Sumpah nak sangat berbual mesra dengan dia. Rindu segala galanya tentang dia. Tapi sabar la wahai hati. Suatu hari nanti kau akan dapat Mya yang ceria dulu.
Setelah habis menjamu selera, Mya melangkah keluar terlebih dahulu sementara Rayyan di dalam membuat pembayaran. Sekilas dia berpaling ke arah Rayyan lalu kembali melihat sekeliling mall.
"Dah jom."
Mya berpaling ke arah Rayyan yang sedang memasukkan resit ke dalam dompetnya.
"Nak ke mana lepas ni?" soal Mya dengan riak wajah tidak seberapa minat untuk menyoal.
"Ermm, sebelum kita pergi tempat yang seterusnya.. aku nak bawak kau ke suatu tempat yang special dulu" jawab Rayyan dengan wajah penuh minat.
Mya melirik Rayyan dengan pandangan atas bawah. Jelas terlihat raut wajah Mya seperti tidak suka dengan perkataan 'tempat special'.
"Tempat apa lagi?" Meskipun tidak suka. Terpaksa Mya soal kembali. Kalau di bawanya aku tempat yang bukan bukan kang haaa. Mampus aku!
"Ala ikutkan je laa~" jawab Rayyan dengan membuat nada suara seakan manja. Dia melangkah terlebih dahulu meninggalkan Mya.
Dengan rasa malasnya, Mya hanya mengikut sahaja langkah Rayyan sehingga tiba di sebuah butik pakaian. Melihat dari segi kedai itu dah dapat agak dah harga dia macam mana.
"Butik? Kenapa bawak saya ke sini?" soal Mya pelik.
Rayyan tidak merespon, dia hanya mengukir senyuman sahaja buat Mya sebelum kakinya mengorak masuk ke dalam butik dan menuju ke arah kaunter.
"Macam mana? Dah siap dah dress yang saya tempah tu?" soal Rayyan kepada pekerja wanita itu.
"Oh dah encik. Ni dia." Pekerja wanita itu memberikan beg yang agak eksklusif itu kepada Rayyan.
Rayyan mengulum senyuman lebar.
"Thanks!" ucap Rayyan seraya mengambil beg tersebut dan melangkah keluar dari butik itu.
"Nah." Rayyan menghulurkan beg itu kepada Mya.
Mya yang sejak dari tadi menguis nguis kakinya pada lantai itu terhenti. Bola matanya bergerak memandang ke arah huluan di depan matanya itu.
"Apa dia ni?"
"Nanti weeding aku.. aku nak kau pakai" pinta Rayyan dan selamba memberikan secalit senyuman yang paling manis serta lebar buat Mya.
Mya memandang wajah Rayyan dengan kening dijongket sebelah. Terasa kecewa yang sangat mendalam buat masa kini. Sanggup beli pakaian untuk aku semata mata nak suruh aku pakai masa weeding dia?
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...