Bab 02 - RAYYAN MIKHAEL

6K 192 4
                                    

"Bilik ni saya dah kemas dan bersihkan apa yang patut.. jadi awak tak payah la risau kalau bilik ni berhabuk ke apa ye?" kata Mya setelah dia membuka pintu bilik buat Rayyan.

"Okay. Thanks."

Mya mengulum senyuman kecil sebelum dia memusingkan badannya untuk melangkah pergi. Namun, langkahnya terhenti apabila Rayyan menyambar pergelengan tangannya.

Mya menoleh dengan wajah penuh tanda tanya.

"Ye? Ada apa lagi yang saya boleh bantu?" ujar Mya sopan santun.

"Mama aku balik bila?" soal Rayyan dengan kening terangkat sebelah.

"Tak tahu lagi.. tapi dia ada cakap dalam pukul 3 petang macam tu" respon Mya.

"Ooo okay."

"Err.. kalau dah tak ada pape boleh saya pergi?"

"Pergi je la."

"Tapi.. tangan awak masih pegang tangan saya lagi."

Mendengar sahaja kata Mya itu, pantas Rayyan melepaskan tangan Mya.

"Oh? Sorry." Rayyan menayangkan wajah berlagak tenang sebelum tangannya masuk ke dalam poket seluar.

Mya pula hanya mengukir senyuman tipis sahaja. Kemudiannya, dia berlalu pergi keluar dari bilik Rayyan itu.

Setelah pintu di tutup. Rayyan berpaling sekilas ke arah pintu bilik.

"Muda sangat pembantu rumahnya pun.. mati mati la aku ingat orang tua.. rupanya budak lagi" omel Rayyan sendirian. Seterusnya, dia melabuhkan punggungnya di sisi katil lalu merebahkan badannya di atas katil.

Telefon yang berada di dalam poket seluar itu di keluarkan lalu menekan nombor seseorang dan menekapkan telefon itu pada telinganya.

"Hello bos?"

"Aku dah sampai Malaysia."

"Oh? Boss dah sampai Malaysia?"

"Hmm."

"So boss nak datang sini bila?"

"Malam ni aku datang."

"Cun! Senang la kerja kitorang lepas ni"

"Kenapa?"

"Tak ada pape.. saja je"

"Hmm okay la.. aku end call dulu"

"Alright boss! Jumpa malam ni"

"Hmm"









꧁❦♛𝗥𝝠𝗬𝗬𝝠𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗛𝝠𝗘𝗟♛❦꧂










Malam sudah pun tiba. Mya mengulum senyuman kecil buat Datin Rosdina setelah Datin Rosdina siap menyahut heelsnya itu.

"Mya tolong tengok tengokkan si Rayyan tu ye? Jangan biarkan dia keluar.. suruh dia duduk je dekat rumah ni, okay?" pesan Datin Rosdina dengan memegang ringkas pada lengan Mya.

Mya mengukir senyuman dengan mengangguk kecil.

"Baik la datin. Arahan diterima."

"Good. Saya pergi dulu." Datin Rosdina mula memusingkan tubuhnya dan melangkah masuk ke dalam kereta.

Sebaik sahaja kereta kawan Datin Rosdina keluar dari pangkaran rumah, Rayyan melintasi Mya.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now