Usai siap bersihkan diri, Rayyan melangkah keluar dari bilik untuk makan malam. Tutup sahaja pintu, dia berpaling ke arah pintu bilik Mya. Terlihat pintu itu masih lagi tertutup rapat.
Rayyan melangkah mendekati pintu bilik Mya. Tangan mula naik dengan berbentuk buku lima. Baru sahaja dia mahu mengetuk, tiba tiba pintu tersebut terbuka dari dalam.
"Eh? Ish.. terkejut saya." Mata Mya membulat sambil memegang dadanya.
Rayyan tersengih seraya menurunkan tangannya ke sisi.
"Awak buat apa depan bilik saya ni?" soal Mya ingin tahu.
"Tak ada pape. Cuma nak ajak kau dinner sekali.. jom?" pelawa Rayyan mesra.
""Eh! Tak apa la.. awak pergi la makan.. lagipun saya dah kenya—"
Tidak sempat Mya menghabiskan kata katanya, tiba tiba perutnya berbunyi.
Mya memejamkan matanya rapat. Aduh la kau ni perut. Time ni jugak la kau nak bunyi bagai. Haish!
"Kenyang? Kenyang ke macam tu? Sampai berbunyi perut tu ha" ejek Rayyan sambil tertawa.
Mya muncungkan bibir. Perut di pegang ringkas lalu kembali memusingkan badannya untuk masuk semula ke dalam bilik.
Melihat Mya hendak pergi, lantas Rayyan menyambar pergelengan tangan Mya lalu menarik pergelengan tangan Mya dengan kuat.
Dan tidak sewenang wenangnya, kelakuan Rayyan itu cukup membuatkan seketul Mya terdorong ke arahnya. Dengan itu, posisi mereka sekarang ini sedang berpelukan. Bukan itu sahaja, mereka juga saling berbalas mata tanpa kelip.
"Aku cintakan kau, Mya." cetus hati Rayyan.
"Amboi~ berpelukan nampak?"
Lekas Mya meleraikan pelukan itu setelah mendengar suara asing menyapa di gegendang telinganya. Mya mula gelabah.
"Haih.. tak tahu la pulak kan.. maid boleh berpelukan dengan anak majikan?" sindir Kiera sambil ketawa. Pada waktu yang sama, kakinya menghayun menghampiri Rayyan dan Mya.
Rayyan menggulingkan matanya ke atas. Spoil betul la betina ni.
"Kau buat apa dekat sini? Asal kau naik atas?" soal Rayyan tidak puas hati.
"Laaa salah ke I naik atas? Lagipun ni rumah mak saudara I jugak.. so tak salah la I nak pergi mana mana pun.. ke you tak puas berpelukan lagi dengan maid ni? Hm?" Kiera menunding jari ke arah Mya dengan kening dijongket sebelah.
"Haih.. Rayyan.. Rayyan.. tak ku sangka engkau punya test low class macam ini?" Kiera kembali tertawa. Sengaja membuat suara seperti membaca sajak.
"Better kau turun la, Kiera. Aku menyampah gila tengok muka kau tahu tak?" kata Rayyan yang mula terasa bengang dengan tingkah laku Kiera itu.
"Hm? Menyampah? Alaa menyampah menyampah ni jugak la yang selalu you sentuh sentuh I dulu" jawab Kiera dengan senyuman sinis itu. Sengaja di melentikkan badannya sambil memeluk tubuh dengan anak mata lurus memandang Rayyan.
Rayyan sudah pun memandang Kiera tidak puas hati. Tangan mula menggengam penumbuk menahan marah terhadap kata kata Kiera. Sempat dia menoleh ke arah Mya sekilas yang masih setia berdiri di belakangnya itu.
"And you.." Kiera beralih tubuh menghadap Mya.
"Perempuan macam you sebenarnya tak layak tau ada dekat sini.. yaa.. I know you dekat sini as a maid.. but! Bila I tengok cara Rayyan ni berkepit dengan you and I tak rasa la you ni seorang maid.. I nampak lebih kepada girlfriend Rayyan.. so! I nak tanya you.. you datang sini nak bekerja ke or menggatal dengan anak majikan? Hm?" Kiera menjongket sebelah kening. Muka Kiera? Huh! Kelihatan pick me betul.
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...