Bab 19 - RAYYAN MIKHAEL

3.6K 110 0
                                    

Mya merebahkan tubuhnya di atas katil setelah beberapa jam hanya mendiamkan diri di dalam kereta sambil melemparkan pandangan ke arah luar ketika perjalanan pulang ke hotel.

Merenung terus merenung oleh kerana fikirannya asyik terngiang ngiang dengan berbualan dia bersama Rayyan di dalam kereta tadi. Perbualan itu cukup membuatkan Mya berfikir sehingga sekarang.

"Kahwin?" Mya mengungkapkan kembali.

Rayyan mengangguk tanpa sebarang riaksi pada wajah.

"T.. tapi kenapa? Kenapa saya kena kahwin dengan awak?" Tidak faham dibuatnya Mya. Tiada angin, tiada ribut. Tiba tiba je ajak kahwin.

"Asal? Kau tak setuju?"

Mya menggeleng kepala.

"Bukan. Tapi kenapa? Kenapa tiba tiba?" Mya masih lagi ingin tahu.

"Sebab aku dah mula sayangkan kau."

Mendengar sahaja jawapan yang keluar dari mulut Rayyan, Mya merengus kecil.

"Awak tak layak untuk saya la, Rayyan."

"Siapa cakap?" Pantas Rayyan bersuara.

"Saya yang cakap."

"Kenapa kau rasa tak layak?" Kening Rayyan dijongket sebelah.

Rengusan nafas Mya kali ni direngus kasar. Pandangan yang melemparkan ke arah luar tingkap pantas berpaling ke arah Rayyan di sebelah.

"Sebab saya ni dah tak suci! Saya dah kotor! Lelaki baik macam awak memang tak layak untuk perempuan kotor macam saya ni! Saya ni dah kena sentuh orang tahu tak!" bentak Mya. Berkerut kerut dahinya memarahi Rayyan itu.

"Then? Kau nak aku gelabah pasal benda tu? Ha?" jawab Rayyan tenang.

Mya diam. Tiada lagi ungkapan mahu lontarkan. Lelaki di sebelahnya ni ada sahaja mahu menjawab. Kalau diteruskan bertengkar agaknya dia memang takkan menang.

"Aku tak kisah kau dah kena sentuh sekali pun.. dan aku tak kisah kalau kau dah tak suci.. tapi jauh daripada sudut hati aku, yang aku ni ikhlas nak kahwin dengan kau.. sebab.. aku dah mula sayangkan kau, Mya." Rayyan berkata dengan bersungguh sungguh. Badannya yang lurus ke hadapan tadi di sengetkan sedikit menghadap Mya.

Entah keberapa kali Mya merengus. Lama dia menatap wajah Rayyan yang bersungguh sungguh itu.

Tiada balasan. Mya terus pusingkan kepalanya memandang luar tingkap.

Mya mengeluh panjang mengingati kejadian di dalam kereta. Dia kemudiannya bangun dari baringan. Dan sekarang ni dinding pula menjadi tatapannya.

"Takkan aku nak kahwin dengan dia? Taraf hidup aku tak selevel dengan dia.. dia anak orang kaya.. tak mungkin kahwin dengan aku yang tak ada apa apa ni? Tambah pulak aku ni maid dekat rumah dia tu.. memang sah la mama dia takk terima aku.. mesti la mama dia cari yang selevel dengan kekayaan keluarga dia" kata Mya yang membuat andaian sendirian. Dia membuat gaya bibir muncung ke depan sebelum bola matanya bergerak ke arah beg kertas yang berada di sebelahnya.

Dengan itu, Mya mengimbas kembali kejadian pemberian beg kertas di hadapan bilik yang berlaku sebentar tadi.

"Er, Mya.." panggil Rayyan apabila dia melihat Mya mahu melangkah masuk ke dalam bilik itu.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now