Bab 13 - RAYYAN MIKHAEL

3.7K 109 7
                                    

Rayyan terbangun dek gangguan telefonnya yang semenjak dari tadi lagi hanya berbunyi sahaja di atas meja lampu. Dia membuka mata samar samar dengan tangannya tergapai gapai mahu mengambil objek tersebut di atas meja lampu itu.

Tanpa melihat siapa gerangan memanggil, Rayyan langsung slide ke kanan menanda dia jawab panggilan tersebut lalu menekapkan telefon itu pada telinganya.

"Hmm..?"

"Eh? Boss tidur lagi ke?"

"Hmm.. aku tak sihat laa.. kenapa?"

"Oh ye ke? Nak saya hantarkan pape kat rumah boss?"

"No need."

"Okay. Tak apa la kalau macam tu.. boss rehat laa.. nanti apa apa info saya kasi tahu boss"

"Okay.."

Talian itu dimatikan oleh Rayyan lalu dia kembali meletakkan telefon itu di atas meja lampu di sebelah katilnya itu. Dia kemudiannya memicit kepala tatkala kepalanya terasa sedikit berdenyut.

"Eh? Dah bangun dah? Haa elok la tu dah bangun.. mehh makan breakfast ni" seloroh Mya dengan kedua belah tangannya membawa dulang berisi air kosong serta bihun goreng.

Dulang itu diletakkan di atas meja lampu. Selepas itu, kepalanya terpusing pusing mencari sesuatu. Apabila terjumpa benda yang diinginkan itu dia langsung berlari kecil ke arah meja.

"Saya ambil kerusi ni eh? Nak duduk" pinta Mya dan Rayyan hanya merespon dengan anggukkan kepala sahaja.

Mya mengulum senyuman sebelum dia mengangkat sedikit kerusi itu dan bawa ke arah katil. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelum pinggan berisi bihun goreng itu di ambil.

"Hari ni saya masak bihun goreng je tauu.. sebab saya tak sempat nak masak nasi.. jadi bihun la yang saya boleh masak pagi ni.. awak makan kan?"

Rayyan mengangguk sambil tersenyum.

"Kalau makan.. bangun laa.. takkan la nak makan sambil tidur? Tak elok laa" kata Mya apabila dia melihat Rayyan masih lagi baringkan diri itu.

Rayyan tidak membantah, dengan perlahan lahan dia bangun dan menyandarkan diri di kepala katil.

"Bismillah.. aaaa" Mya menghalakan sudu itu ke arah mulut Rayyan. Dia juga membuat gaya seakan mulut ternganga sedikit agar Rayyan membuka mulut. Macam budak budak pula si Mya ni melayan Rayyan.

Rayyan pula hanya memerhati sahaja tingkah laku Mya yang seperti mak mak itu. Dengan itu, perlahan lahan dia mendekatikan diri lalu makan bihun goreng tersebut.

"How? Sedap?"

Rayyan mengangguk kecil dengan pandangan mata tidak lepas menatap wajah ceria Mya itu.

"Thank youu.. so after makan ni.. awak pergi mandi eh? Bagi sejuk sikit badan tu.. lepas tu baru makan ubat tapi nasib baik tau ada lagi ubat demam dekat dalam laci dapur tu.. kalau tak, tak tahu la saya nak buat macam mana.. saya ni dah la tak tahu naik kereta motor tambah pulak lesen tak ada.. memang tak boleh buat apa laa" tutur Mya dengan tangan masih setia menyuap bihun goreng itu kepada Rayyan.

"Oh! Lupa! Saya ada goreng ayam dekat bawah! Awak sambung la makan sendiri eh? Nanti saya naik atas ambil pinggan ni okay?" seloroh Mya apabila dia baru teringat akan ayamnya yang di goreng atas dapur sebelum tadi dia membawa sarapan buat Rayyan naik ke atas. Kalau hangit tu, mahu menangis wooo. Dah la ayam mahal sekarang ni.

Setelah memberikan pinggan itu kepada Rayyan, Mya langsung berdiri dan keluar dari bilik Rayyan.

Hilang sahaja kelibat Mya, Rayyan mencebik bibir.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now