Bab 09 - RAYYAN MIKHAEL

4.2K 117 3
                                    

"Selamat pagi duniaku~" Mya melerekkan suara sambil mendepakan tangannya dipermukaan pintu geseran balkoni. Indah sungguh pandangan sejuk di awal pagi hari ni ye.

"Haihh.. segar pulak udara pagi ni eh?" omel Mya dengan menghirup udara segar sambil memejamkan matanya.

Setelah itu, Mya terus memusingkan badannya dan mengorak langkah ke arah pintu untuk keluar.

Buka sahaja pintu, mata Mya membuntang luas tanpa kelip tatkala dia tidak sengaja terpandang tubuh tegap seorang lelaki tanpa berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek separuh lutut sahaja.

Wow six pack..

"Eh astagfirullahhalazim!" Mya pantas menekup wajahnya. Muka mula berona merah.

"Kau dah kenapa, bebal?" soal Rayyan tenang dengan kening dijongket sebelah.

"Awak tu.. dah kenapa tak berbaju?" amarah kecil Mya yang masih lagi menekup wajahnya itu.

"Heh! Acah geli konon.. padahal.. kau suka kan?" usik Rayyan dengan mengerak gerakkan keningnya itu.

"Eee tolong laa.. geli tauu lelaki ada six pack ni" jawab Mya dengan membuat gaya muka seakan mahu muntah.

"Mya?"

Kelakuan Mya terhenti tatkala suara lembut memanggil namanya dari arah tangga.

"Eh? Datin??" Lantas Mya mengatur langkah ke arah Datin Rosdina dengan wajah sudah cuak semacam. Manakala Rayyan sudah pun melolos masuk ke dalam bilik.

"Hari ni saya tak kerja.. jadi saya dah siap hidang nasi lemak dekat meja dapur bawah sana" beritahu Datin Rosdina lembut.

"Oh?! Datin masak?!"

Datin Rosdina mengangguk laju.

"Ye. Kenapa?"

"Ya ampun datin... tu kan kerja saya? Kenapa datin masak?" rungut Mya tidak puas hati.

"Alaa bukan selalu.. lagipun after solat subuh tadi saya tak boleh tidur.. jadi alang alang tak boleh tidur tu.. saya nekad la nak buat nasi lemak pagi ni" jelas Datin Rasdina yang tetap dengan nada suara lemah lembutnya itu.

Mya muncung bibir. Sebenarnya dia tak sedap hati kalau gaj—

"Gaji awak jangan risau.. saya takkan potong punya" seloroh Datin Rosdina. Faham sangat perangai si Mya ni. Kalau bab potong potong gaji memang sensitif sangat la bagi dia.

Mya tersengih malu. Alamak! Kantoi...

"Kalau macam tu.. jom la kita turun borak dekat bawah kejap sementara tunggu si Rayyan tu siap mandi.. nanti boleh la kita makan sama sama, okay?"

"Ooo baik datin." Selepas itu, Mya langsung berganjak sedikit dan berdiri seiring dengan Datin Rosdina sebelum melangkah turun ke bawah.











     ꧁❦♛𝗥𝝠𝗬𝗬𝝠𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗛𝝠𝗘𝗟♛❦꧂











Rayyan melangkah turun sehingga menjejak kaki di anak tangga terakhir. Matanya meliar liar mencari kelinat ibunya bersama Mya.

"Mana pulak diorang pergi?" gumam Rayyan dengan kepala terpusing pusing itu. Kemudiannya, dia terdengar suara bualan dari arah dapur.

"Hmm kat dapur la ni" omel Rayyan sebelum berjalan tenang menuju ke arah dapur.

"Haaa siap pun.. hampir kebulur mama ni tahu tunggu kamu siap mandi" seloroh Datin Rosdina yang sedang duduk di atas kerusi meja makan itu.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now