Bab 14 - RAYYAN MIKHAEL

3.4K 97 0
                                    

Sesudah sahaja Rayyan dan Mya berlepak di emart sehingga total yang di makan oleh Mya mencecah rm35 manakala Rayyan hanya rm13.10 sahaja. Kalau dibiarkan Mya di situ memang satu menu kedai dia melantak sampai habis nanti. Habis segala menu dia try. Maklum la member tak pernah pergi, memang macam tu la jadinya.

Mya mula turun dari motor tatkala mereka selamat sampai di hadapan bangunan milik Rayyan.

"Tolong bukakan topi untuk saya please~" pinta Mya dengan membuat suara gaya melerek itu apabila kedua belah tangannya penuh dengan plastik makanan emart yang tidak habis tadi. Katanya nak sambung makan dekat rumah. Kalau tak sempat habiskan hari ni. Esok ada lagi.

Rayyan pula hanya akur sahaja. Tangan mula naik membuka topi keledar yang terletak di kepala Mya. Kemudian itu, dia terpandang ke arah rambut Mya yang kelihatan sedikit serabai. Tanpa terasa kekok dia langsung membetul ringkas pada rambut Mya sehingga kelihatan rapi.

"Kau pergi la masuk bilik aku dulu, aku ada kerja sikit.. nanti aku masuk dalam" kata Rayyan seraya turun dari motor dan helmet diletakkan di atas motor.

"Okay~" lerek Mya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Rayyan sambil menyuap ayam popcorn itu ke dalam mulutnya.

Rayyan tersenyum sebelum dia menapak pergi ke arah Fendi dan Giey yang membelakanginya itu.

"Woi!"

"Oitaikkautergolek!" latah Giey dengan wajah terkejut.

"Eh boss? Bila sampai? Bukan ke boss demam?" soal Fendi bertubi tubi.

"Aku dah sihat sikit.. aku datang ni nak jenguk bangunan ni okay tak.. so macam mana? Kereta tu datang lagi ke?"

"Dua hari lepas dia datang.. tapi semalam tak nampak la pulakk kereta dia lalu kawasan ni."

Rayyan mengangguk faham. Baru sahaja Rayyan mahu membuka mulut untuk menanyakan soalan yang seterusnya kepada Fendi, tiba tiba ada jeritan suara dari arah belakang. Rayyan pantas menoleh.

"Awak! Awak!" Jerit kecil Mya yang berlari anak menghampiri Rayyan itu.

Sebaik sahaja Mya sampai di hadapan Rayyan. Dia tercungap cungap mencari nafas. Apabila pernafasannya stabil, dia mula bersuara.

"Awakk! Plastik makanan tteokbokki saya tertinggal dekat emart lah! Macam mana ni?? Tteokbokki tu saya tak makan pun lagii.. masih panas tauuu" rengek Mya sambil mencebik bibir itu. Kepala didongak sedikit memandang wajah tenang Rayyan apabila Rayyan lebih tinggi darinya.

"Itu la kauu.. order banyak banyak lagi.. kan dah tertinggal.. tapi aku ada kerja laa tak boleh nak pergi sana" kata Rayyan sambil memandang wajah cemberut Mya itu.

"Alaaa awakk tolongg laaaa" pujuk Mya lagi yang membuat muka seakan akan mahu menangis itu.

"Tak apa boss.. biar saya je temankan dia pergi sana.. lagipun saya nak keluar jap nak beli makanan dekat luar." Giey mencelah. Terbit rasa kesian dia terhadap Mya.

Rayyan yang mendengar itu perlahan lahan berpaling ke arah Giey.

"Naik apa?" soal Rayyan dengan suara sedikit tegas dan dingin itu.

"K.. kereta la? Kenapa boss?" balas Giey selepas dia menelan air liurnya dengan kasar. Takut pulak bila tengok Rayyan berubah muka sekelip mata macam nak makan orang je.

"Oh! Okay." Wajah Rayyan langsung berubah normal. Lega hati bila dengar kereta. Kalau naik motor memang tak arr nak bagi.

"Mya, kau pergi dengan dia." Rayyan memberi isyarat kepala sekilas ke arah Giey.

"Dengan dia?"

Rayyan mengangguk sambil tersenyum.

"Okay.. tak kisah la pergi dengan siapa siapa pun.. janji saya dapat makanan saya balik!" kata Mya yang penuh bersemangat itu.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now