Bab 29 - RAYYAN MIKHAEL

3.6K 93 8
                                    

Bibir ditarik mengukir senyuman kecil. Senang hati Rayyan apabila melihat Mya agak lahap makan makanan pemberian dia tadi. Kesimpulannya, misi memujuk Mya berjaya la ni kan?

Rayyan menapak kaki mendekati Mya.

"Nampak gayanya kau dah macam okay daripada tadi" ujar Rayyan seraya melabuhkan punggungnya di sisi katil.

"Siapa cakap? Perut saya masih lagi sakit tau" bantah Mya seraya menggulingkan matanya.

"Tch! Kalau sakit lagi tak adanya kau lahap makan makanan yang aku bagi dekat kau macam tu sekali" balas Rayyan tidak mahu mengalah.

Mya menggulingkan matanya sekali lagi. Keropok yang berada di jarinya itu di sumbat kasar lalu mengunyah dengan laju.

"Pelan pelan makan tu.. tercekik kang baru tahu" pesan Rayyan dengan mata tidak lepas melihat wajah cemberut Mya sambil mengunyah keropok bagaikan tidak mahu berhenti itu.

"Eish! Biar lah sibu— ohok!"

"Haa kan.. orang cakap tak dengar.. kan dah tercekik dah" seloroh Rayyan sebelum dia mengambil botol mineral. Penutup botol dibuka lalu menghulurkan kepada Mya.

Setelah botol mineral bertukar tangan, Mya meneguk air kosong itu dengan rakus sehingga separuh botol. Botol itu diberikan kembali kepada Rayyan.

"Lepas telan ubat..teman aku makan dekat luar" pinta Rayyan tiba tiba seraya menutup botol mineral itu kembali.

Terus kening Mya berkerut. Dia ni dah kenapa? Kan perut aku tengah sakit sekarang ni? Dah kenapa nak ajak aku keluar pulak! Aish!

"Awak ni betul ke tak betul? Awak sendiri tengok kan keadaan saya ni macam mana? Asal pulak nak kena temankan awak pergi makan luar? Pergi la makan sendiri! Kot ya pun ajak la bakal bini awak tu pergi makan sekali! Buat apa nak ajak saya pulak?!" Jelas dan nyata nada suara itu seperti kedengaran cemburu.

"Jealous ke?" usik Rayyan. Sengaja mahu menguji tahap cemburu Mya itu.

"Ee! Tak nak maknanya nak jealous bagai!" Dijeling maut Rayyan dibuatnya.

"Alaaa temankan je laa.. lagipun kita dah lama tak keluar sekali.. rindu la nak keluar berduaaa" rengek Rayyan sambil mencebik bibir. Ingat comel la tu?

"Ni sah memang gila. Awak tahu kan status awak tu apa? Bakal suami orang kot.. awak ni okay ke tak okay?" Mya masih lagi berkeras. Tidak sanggup dirinya nak keluar dengan bakal suami orang.

"Tak. Tak okay!" jawab Rayyan spontan.

Mya menggeleng kepala berkali kali. Dasar gila!

"Dah la. Awak pergi la keluar makan dengan bakal bini awak tu.. saya nak rehat.. nak tidur" kata Mya. Sebiji ubat panadol yang sudah berada dalam telapak tangannya di telan lalu merampas botol mineral di tangan Rayyan. Air kosong itu di teguk sehingga habis.

"Kalau kau tak nak temankan aku.. aku akan stay ni sampai esok pagi" ugut Rayyan sambil melipat tangan pada dada.

"Terserah awak la. Malas nak layan." Mya mula mengubah posisi duduk ke posisi baring. Selimut ditarik.

Tidak sampai separuh bahu, selimut itu di genggam lalu di tarik erat oleh Rayyan.

"Ish! Apa ni?! Lepas lah!"

"Jom la temankan aku.. kali ni je.. pleasee.." rayu Rayyan dengan mengedip ngedipkan matanya.

Mya mengeluh. Apa yang susah sangat nak faham dia ni?

"Malas la. Pergi je la sana dengan bakal bini awak tu" jawab Mya yang berusaha menarik selimut dari terus di genggam erat oleh Rayyan.

"Myaaa.." rengek Rayyan dengan nada suara seperti anak kecil mahukan sesuatu.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now