Beberapa tahun kemudian...
"Mana anak aku ni.. tadi main dekat sini" gumam Mya dengan kepala tidak lepas mencari cari kelibat anaknya.
Alat permainan yang bersepah di hadapan tv di pungut lalu masukkan ke dalam bakul mainan.
"Maleek!!" pekik Mya memanggil nama anaknya dengan nada suara yang agak lantang. Tetapi masih lagi tiada respon dari seketul budak Maleek itu.
Tanpa menghabiskan alat permainan masuk ke dalam bakul, Mya kembali bangun mencari di mana keberadaan Maleek. Hatinya tidak boleh tenang kalau tiba tiba anaknya yang berusia 6 tahun itu hilang entah kemana.
"Vromm! Vromm!"
Suara pekik yang agak fimiliar memberhentikan langkah Mya. Dengar suara macam datang dari arah luar rumah. Mya mengerutkan dahi sebelum dia mengatur langkah ke arah pintu.
"Eh? Bukan ke aku tutup rapat ke tadi?" gumam Mya lagi. Setahu dirinya pintu ini memang ditutup rapat sebelum meninggalkan Maleek sendirian di ruang tamu untuk dia naik ke atas menunaikan solat asar.
"Vroom! Vroom!"
Suara itu kembali kedengaran. Pintu dibuka luas lalu melangkah keluar dari rumah. Matanya tidak tentu arah mencari dimana suara itu datang.
Dan secara tidak sengajanya, bola mata Mya terhenti pada motorsikal Rayyan yang elok berada di bawah garaj kereta. Bola matanya terbuntang luas apabila di seat motor itu adanya si Maleek.
"Ya allah budak ni.. bertuahh betul.." Mya langsung menyahut selipar dan berjalan menuju ke arah Maleek.
"Maleek.. ya allah.. macam mana boleh naik sampai atas ni, sayang.." Lembut saja nada suara Mya sambil berjalan ke arah anak lelakinya itu.
"Mommy! Jom jom naik dengan Maleek kita tunggang sama sama jom!" Riang betul suara Maleek itu mengajak ibunya naik sekali dengannya. Posisi Maleek masih setia dengan gaya seakan merempit mahu berlumba.
Mya menggeleng kepala. Tiba tiba kakinya tersepak suatu benda dari bawah. Ternyata sebuah kerusi kecil yang elok berada di atas lantai.
Okay. Dah tahu dah macam mana dia boleh naik.
"Dah dah turun.. tak payah nak rempit rempit sangat.. nanti daddy marah laa main motor dia" pujuk Mya lembut seraya tangannya mahu mengangkat tubuh kecil Maleek turun dari motorsikal yang agak sedikit besar itu.
"Eish! Mommy! Jangan la! Maleek nak praktis macam mana daddy bawak ni!" halang Maleek seraya menepis lembut tangan ibunya. Dia kemudiannya kembali menunggang motorsikal seakan gaya merempit.
Mya merengus panjang menahan sabar dalam diri. Tak lain, tak bukan. Ni semua laki aku la punya pasal. Kalau la semalam dia tak bawak Maleek ni naik motor dia ni pergi jalan jalan, Maleek takkan jadi macam ni. Tengok la sekarang dia macam mana? Aduh! Poning!
"Dah tak payah nak praktis macam daddy apa semua.. meh turun! Bahaya la Maleek" pujuk Mya lembut tapi tegas.
"No! Maleek nak praktis jugak! Vrom vrom!" Diabaikan pujukkan lembut dari ibunya itu. Tidak semudah ABC dia mahu turun dari motor setelah beberapa minit perjuangannya hendak naik motor sebesar ini sangat susah ya ampun.
Sekali lagi Mya merengus panjang. Tidak lama kemudian, pagar besar mula terbuka dan terpaparlah sebuah kereta meercedes hitam masuk dalam kawasan rumahnya.
"Turun la sayang.. nanti jatuh laa.. motor daddy ni tinggi tauu.. jangan la degil macam ni" pujuk Mya lagi dan lagi. Dan kali ni suara Mya seakan kedengaran merengek seperti budak inginkan sesuatu. Yang mana ibu, yang mana anak ni?
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...