Bab 05 - RAYYAN MIKHAEL

5K 141 6
                                    

"Awak buat apa ni.. astagfirullahhalazim." Mya melangkah perlahan ke arah Rayyan sambil menekup mulutnya itu. Namun, tidak sempat Mya sampai ke arah Rayyan kerana Rayyan terlebih dahulu menarik pergelengan tangannya jauh sedikit dari anak anak buahnya itu.

"Kau buat apa dekat sini ha bebal?" amarah perlahan Rayyan dengan geram sambil curi curi pandang ke arah anak buahnya itu yang dari tadi lagi hanya memerharti sahaja ke arah mereka berdua.

"Awak tanya saya buat apa dekat sini? Hey, awak lupa ke yang saya ni kena jaga awak?" jawab Mya dengan muka selambanya itu.

Rayyan merengus kasar. Bibir diketap geram.

"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?"

"Sampai hati panggil saya bebal.." Mya membuat muka seakan sedih sambil muncungkan bibirnya tanda protes.

"Dah kau bebal nak buat macam mana?"

"Tak baik tau awak cakap macam tu kat saya.. saya ni cuma ikut arahan mama awak je.. dia yang suruh saya jaga awak.. so saya kena jaga laa" tutur Mya yang masih lagi berdegil.

Rayyan membasahkan bibirnya sekilas sebelum dia merengus kasar sekali lagi. Nak je dia lenyek lenyek gadis kecil di hadapannya ni. Tapi apa yang perlu ada dalam diri sekarang adalah SABAR.

"Kalau kau nak jaga aku sekali pun.. jangan datang sini.. sini bahaya tahu takk?"

"Bahaya? Bahaya kenapa?" soal Mya dengan kening terangkat sebelah.

"Kau dah nampak kan tadi aku tembak siapa? Yang kau tanya lagi dah kenapa, bebal?"

"Ke.. kau nak aku tembak kau sekali?"

Pantas Mya menggeleng kepala dengan mata membulat. Kedua belah tangannya dilambai lambai kecil separuh bahu.

"Then, pergi balik."

"Eh! Tak boleh. Datin suruh saya tengok tengokkan awak la, Encik Rayyan." Mya masih membantah.

Ini dah keberapa kali Rayyan merengus dengan kasar. Degil betul perempuan ni.

"Boss?"

Rayyan menoleh ke belakang.

"Kitorang uruskan mayat ni dulu eh?" pinta anak buah Rayyan setelah sekian lama dia berdiri di belakang bersama sekujur tubuh yang tidak bernyawa itu.

Lama lama mayat ni dekat sini, naik meremang bulu roma tahu.

Rayyan hanya merespon dengan anggukkan kepala sahaja.

"Awak.." panggil Mya sedikit melerek.

"Apa?"

"Jom la balik.."

"Aku tak boleh balik laa.. aku ada kerja."

"Ishh.. tak habis habis dengan kerja.. kerja apa je awak pentigkan sangat tu?"

"Bukan urusan kau untuk tahu."

Mya menarik muncung bibir lalu merengus geram. Semua benda la bukan urusan aku. Haish!

Sedang Mya menatap geram pada wajah Rayyan itu, tiba tiba dia kedengaran telefon berdering dari arah salah seorang anak anak buahnya.

Rayyan dan Mya langsung berpaling ke arah gerangan tersebut.

"Hello?"

"Aku nak boss kau datang tempat aku yang aku dah send location sekarang.. kalau tak, aku akan buat hidup boss kau sengsara"

Fendi langsung mematikan telefon itu. Kemudiannya, dia memandang ke arah Rayyan.

"Boss.. Khai nak jumpa dengan boss" beritahu Fendi.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now