Bab 18 - RAYYAN MIKHAEL

3.5K 112 12
                                    

Mya terkaku tatkala jarak antara dia dengan Rayyan hanya la seinci apabila Rayyan menolak tubuhnya ke arah dinding.

"Kau okay?" soal Rayyan dengan cemas. Kedua tangannya melekat pada dinding melindungi Mya dari terkena peluru.

Mya mengangguk perlahan. Dalam pada itu, dia dapat merasakan hembusan nafas kecil Rayyan pada dahinya.

"Argh!" Khairul menjerit geram apabila tembakannya tidak mengena pada sasaran.

Rayyan yang tidak lepas menatap pada wajah ketakutan Mya itu segera menoleh ke arah Khairul. Kelihatan lelaki itu sedang bertukar peluru. Nampak gayanya dia akan mula tembakan semula buat kali kedua.

"Tahan dia!" arah Rayyan kepada anak anak buahnya.

Dengan itu, anak anak buah Rayyan terus berlari menghampiri Khairul lalu memegang pergelengan tangan Khairul dan pusingkan ke arah belakang.

"Lepaskan aku lah sial!" jerit Khairul sambil meronta ronta untuk di lepaskan.

"Fendi, kau jaga dia.. aku nak selesaikan si bangsat tu kat sana" pinta Rayyan setelah dia berganjak jauh sedikit dari Mya. Di samping itu, jaket hitam yang terpakai pada tubuhnya di betulkan agar kelihatan kemas.

"Baik boss!" Fendi akur.

Seterusnya, Rayyan mula mengatur langkah mendekati Khairul yang sedang meronta ronta itu.

"Aku rasa kau kena banyak lagi kot belajar bab bab menembak ni.. sebab sasaran kau tak tempat langsung pun tadi.. tak malu ke?" Rayyan mengejek Khairul sambil tertawa sinis. Sengaja mahu menyakitkan hati orang yang mental tak kental itu.

Khairul pula mencerlung Rayyan dengan tajam. Nafas sejak dari tadi lagi tidak teratur. Kalau la dia dapat bunuh Rayyan, kemungkinan hari ni adalah hari paling bermakna bagi dia.

Tapi apakah daya? Rayyan lebih cekap darinya.

"Aku nak tanya kau.. apa tujuan kau culik dia dan bawa lari sampai sini ha?" soal Rayyan dengan kening terangkat sebelah.

"Sebab aku nak kau serahkan bangunan yang kau ada sekarang ni dekat aku! Sebab tu la aku culik betina tuhh!" Tengking Khairul dengan sekuat hati.

"Ha? Hanya sebab tu kau culik dia?"

"Ye! Sebab aku nak kau serahkan bangunan tu dekat aku!"

Rayyan mengeluh sambil tertawa. Kepala di geleng berkali kali. Penat jugak layan orang yang sejenis otak cetek ni.

"Apa benda la bangunan tu ada sampaikan kau tergila gilakan sangat? Tak cukup ke dengan apa yang kau ada sekarang ni?"

"Tak! Tak cukup! Aku nak bangunan tu jugakk walau apa cara sekali pun!" bentak Khairul.

"Tamak! Hidup kau memang nak sen—"

"Woi!"

Tutur kata Rayyan terhenti apabila suara asing menyapa di gegendang telinganya. Dia menjenguk ke belakang Khairul tatkala suara itu datang dari arah belakang Khairul.

Khairul juga turut memusingkan kepalanya ke belakang. Dia mengecilkan mata melihat figura yang agak jauh sedikit darinya. Tidak lama kemudian, senyuman sinis mula terukir pada bibir. Dalam masa yang sama, dua orang anak buah Rayyan yang memegang tangan Khairul itu langsung melepaskan tatkala dia menerima arah secara isyarat dari Rayyan supaya jauhkan diri dari Khairul.

"Apa yang susah sangat kau nak bagi bangunan tu dekat Khairul hah?!" herdik bapa Khairul yang telah tiba di hadapan Rayyan bersama dua orang anak buah di sampingnya.

"Oh? Orang tua ni pun ada dekat sini?" Rayyan berkata dengan selamba badaknya.

"Tak sangka jumpa bapak kau dekat sini eh, Khairul?" ujar Rayyan lagi.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now