Waktu siang sudah bertukar malam. Mya yang termenung jauh itu langsung memejamkan mata apabila dia kedengaran pintu bilik di buka oleh seseorang.
"Aiii? Tak sedar lagi ke? Lama betul perempuan ni pengsan" omel anak buah Khairul sambil membawa beg plastik berisi sebungkus nasi serta sebotol air kosong. Dia kemudiannya berjalan mendekati Mya. Kerusi yang sedia ada di situ di ambil lalu melabuhkan punggungnya.
"Woi! Bangun! Bangun!" Anak buah Khairul mencuit lengan Mya berkali kali.
Dan kali ni Mya tidak dapat lagi menahan dirinya dari terus berpura pura tatkala dia berbau sesuatu yang enak masuk ke lubang hidungnya. Mya membuka mata.
"Bangun pun.. ni makan.. aku tahu kau lapar" kata anak buah Khairul seraya membuka sebungkus nasi polisterin itu buat Mya.
"Kalau ikutkan boss aku.. dia tak nak kasi kau makan tau.. tapi nasib baik la dia tak ada.. sebab aku tahu kau belum makan lagi" ujarnya lagi. Sudu di ambil lalu mencedok nasi dan menghala ke arah Mya.
"Saya boleh makan sendiri" bantah Mya dengan melarikan sedikit kepalanya ke belakang.
"Makan sendiri apa? Tangan kau kena ikat tu kan? Yakin sangat nak makan sendiri kenapa? Beria. Dah tak payah nak mengada.. makan je.. nanti kalau boss aku tu datang tak pasal pasal dia nampak aku suap kau nasi ni tau tak" amarah anak buah Khairul itu. Orang dah bagi makan, mengada ngada pulak!
Mya terdiam. Betul jugak. Macam mana nak makan kalau tangan kena ikat macam ni?
Tanpa membantah lagi, Mya langsung membuka mulutnya perlahan lahan lalu makan nasi tersebut.
"Kena makan cepat.. nanti boss aku datang.." beritahu anak buah Khairul sambil mencedok lagi nasi dan menghala ke arah Mya.
Setelah siap sesi menyuap nasi, anak buah Khairul membuka botol minuman lalu menyuap air itu kepada Mya.
"Nak lagi?"
Mya menggeleng kepala sambil menelan air kosong itu dengan sukar. Bagi minum macam bagi binatang! Main sumbat je!
"So, maknanya kau dah kenyang kan? Then, baik kau tidur sebelum boss aku tu datang.. aku pun nak kena keluar cepat ni sebelum dia nampak aku" ujar anak buah Khairul sebelum dia bangun dari kerusi dan meletakkan kerusi tersebut di tempat asal.
Seterusnya, bungkusan nasi serta botol kosong di ambil lalu menyumbat masuk ke dalam beg plastik. Sempat dia menggerling ke arah Mya sebelum dia menapak keluar dari bilik.
Tutup sahaja pintu, Mya merengus nafas panjang. Pernah dia terfikir untuk melarikan diri tapi apakah nasib dia, semua tingkap di pasang grill. Tapi kalau nak lari sekali pun, tangan dah kena ikat bagaikan nak suruh nadi si Mya ni terhenti.
Jadi, seketul Mya hanya mampu redha dan berdiam diri sahaja. Berharap Rayyan akan menyelamatkannya dengan waktu yang terdekat ni. Kalau tak, macam macam boleh terjadi terhadap Mya nanti.
꧁❦♛𝗥𝝠𝗬𝗬𝝠𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗛𝝠𝗘𝗟♛❦꧂
Rayyan turun dari motor setelah dia tiba di bangunan miliknya.
"Meh sini aku bukakan kau punya helmet" kata Rayyan sebelum dia memusingkan badannya. Tangan dah siap sedia mahu membuka helmet dari kepala Mya. Sejurus itu, dia terus terserentak.
"Oh.. shit.. sampai macam ni sekali aku teringat kat dia?" gumam Rayyan tatkala dia baru tersedar yang Mya tiada dengannya. Tangan mula perlahan lahan jatuh ke sisi.
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...