Bab 04 - RAYYAN MIKHAEL

5.9K 156 2
                                    

Mya bermain kecil pada hujung bajunya dengan anak mata tidak berhenti curi curi pandang ke arah majikannya di hadapan itu. Seterusnya, anak matanya bergerak ke arah Rayyan di sebelah.

Wahhh santai sungguh mamat ni. Dengan kaki silangnya sambil goyang goyang. Aku ni dah nak luruh jantung tahu tak dengan mak kau pandang aku macam nak tebus je ni.

"Korang pergi mana?" Datin Rosdina mula bersuara setelah sekian lama dia menatap Rayyan dan Mya bersilih ganti.

"Ki.. kitorang pergi.. pergi.." Takut takut Mya mahu membalas. Dia mengigit kecil bibir di bawah dengan menggerling sekilas ke arah Rayyan yang tenang di sebelahnya itu.

"Pergi mana?" tanya Datin Rosdina lagi.

"Oh! Kitorang pergi ked—"

"Rayyan temankan pembantu rumah mama ni pergi klinik tadi.. katanya kaki sakit" celah Rayyan yang menipu itu. Dah la mencelah, lepas tu menipu pulak tu. Adehhh.

"Pergi klinik?" Datin Rosdina mengangkat sebelah kening sambil memandang Mya untuk kepastian dari gadis itu adakah jawapan dari Rayyan sama ada betul ataupun tidak.

"H.. haah.. anak Datin bawak saya pergi klinik tadi" ujar Mya yang turut menipu itu. Sokong je la. Nanti kang tak pasal pasal malam ni aku kena buang kerja.

"Then? Mana ubat?"

"H..ha?" Mya mula cuak. Aduuu tanya ubat la pulakkk.

"Ubat mana? Kan kata tadi pergi klinik?"

"Uba—"

"Memang la pergi klinik ma.. cuma klinik tu tutup.. tengok la sekarang pukul berapa.. memang tutup la jawabnya klinik tuu" celah Rayyan lagi. Ekspresi wajahnya cukup tenang sahaja menjawab itu.

Datin Rosdina mengerut dahi lalu merengus perlahan.

"Susah susah je pergi klinik.. first aid dekat kabinet dapur tu kan ada? Guna je yang tu.. tak payah nak pergi klinik bagai" beritahu Datin Rosdina.

"Ehehe. Saya lupa, datin." Mya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

Datin Rosdina menggeleng kepala.

"Rayyan"

"Ye ma?"

"Kamu masih lagi pergi bangunan tu?"

Rayyan yang sejak dari tadi hanya tenang itu perlahan lahan berubah riaksi wajah sedikit terkejut lalu cepat cepat dia berubah kembali tenang.

"Tak ma. Buat apa Rayyan nak pergi sana? Bukan ada apa pun" tipu Rayyan lagi. Haih.. kau ni memang patut diclaimkan anak derhaka, asyik menipu je dari tadi.

"Good. Mama tak nak kamu ambil alih kerja arwah papa kamu.. mama tak suka" kata Datin Rosdina dingin seraya bangun dari duduk.

"Err datin.." Mya turut bangun dari duduk.

"Yes?"

"Datin marahkan saya?"

Datin Rosdina mengulum senyuman kecil.

"Tak."

Mya menghela nafas lega.

"Terima kasih datin."

"Sama sama." Datin Rosdina mula mengatur langkah dan mendaki tangga ke tingkat atas.

Hilang sahaja kelibat Datin Rosdina, Mya terus berpaling ke arah Rayyan.

"Awak.."

"Hm"

"Terima kasih."

"Untuk?"

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now