Sebaik sahaja kereta yang di pandu oleh Fendi itu sampai di bangunan milik Rayyan, Rayyan dengan pantas melolos keluar dari perut kereta. Mya di sebelah itu cepat cepat turut keluar dari perut kereta dan berlari mendapatkan Rayyan.
"Awakk! Tunggu!" laung kecil Mya yang berlari anak ke arah Rayyan itu.
Rayyan pula mengedahkan sahaja panggilan dari si Mya itu. Dia terus menerus melangkah masuk ke dalam bangunan dan menuju ke biliknya.
"Awak! Tunggu la saya!"
"Encik Rayyan!"
"Encik Rayyan!"
"Encik Rayy—"
Laungan Mya terhenti apabila dahinya tercium pada tubuh belakang milik Rayyan tatkala Rayyan memberhentikan langkahnya secara mengejut.
"Aduh! Sakitnya.." rengek Mya sambil mengusap kecil pada dahinya itu.
"Kau kalau satu hari tak kacau aku dan tak serabutkan kepala otak aku tak boleh ke?! Aku rimas tahu tak dengan perangai budak budak kau ni!" habur Rayyan sambil menatap tajam pada wajah Mya itu.
Manakala Mya hanya lurus sahaja memandang wajah marah Rayyan itu dengan cebikkan bibir. Dengan itu, dia langsung menarik pergelengan tangan Rayyan dan menuju ke arah di mana bilik Rayyan berada.
Bahkan tiada pula tanda tanda Rayyan mahu menarik tangannya dari terus dipegang erat oleh Mya sehingga mereka berdua tiba di hadapan pintu bilik Rayyan dan melolos masuk.
"Duduk sini." Mya menolak bahu Rayyan menyuruh lelaki itu duduk di atas sofa.
"Bilik awak ni ada first aid tak?" soal Mya dengan bola matanya meliar liar melihat ke setiap sudut bilik Rayyan berehat itu.
Rayyan tidak membalas kata malah dia hanya membalas dengan gaya menjuih bibir ke arah rak almari sahaja.
Tanpa bersuara lagi, Mya langsung melangkah ke arah rak almari yang di tunjukkan oleh Rayyan tadi.
Kemudian itu, Mya mencapai first aid lalu kembali melangkah ke arah Rayyan dan melabuhkan punggungnya di sebelah Rayyan.
Selanjutnya, tangan Mya mula membuka first aid. Rayyan pula yang berada di sebelah itu hanya memerhati sahaja ligat tangan Mya.
"Meh sini saya sapu" kata Mya setelah dia meletakkan sedikit minyak luka pada permukaan kapas.
Rayyan pula teragak agak mahu mendekati Mya dengan anak mata tidak lepas melihat wajah Mya yang kelihatan agak serius itu.
Boleh harap ke dia ni? Acah macam doktor pulak!
Dengan itu, tangan Mya mula naik mengelap sedikit darah kering pada bahagian hujung bibir Rayyan. Sungguh tekun gadis kecil itu melakukan rawatan pada bibir Rayyan. Dahi pula bermain peranan, siap berkerut kerut bagai lagi itu.
Setelah siap, bola mata Mya bergerak memandang pada bahagian pipi Rayyan pula.
"Bahagian pipi ni saya buat nanti dekat rumah" ujar Mya seraya menyimpan alat alat berubatan itu ke dalam kotak.
"Asal?" soal Rayyan tidak puas hati. Suara pula kedengaran macam protes.
"Ye la.. pipi bengkak macam tu kena la tuam.. mana boleh pakai ubat ni" jawab Mya.
"Tuam?"
"Ye tuam? Tak kenal?"
Rayyan menggeleng kepala perlahan.
"Haihh.. tuam pun tak tahu ke? Hmm.. harap belajar je tinggi tapi tuam pun tak tahu" kata Mya perlahan. Atau lebih kepada mengejek belakang.
"Kau cakap apa?"
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...