Mya turun dari motor seraya mereka berdua sudah sampai di sebuah kafe.
"Nah." Mya menghulurkan helmet itu kepada Rayyan. Seterusnya, anak mata beralih ke arah kafe di hadapannya itu setelah Rayyan mengambil helmet dari tangannya.
"Awak.." panggil Mya yang bernada sedikit sayu itu.
"Hmm?"
"Tak payah la makan sini" kata Mya dengan anak mata tidak lepas menjenguk jenguk dalam kafe itu.
"Asal pulak?"
"Mahal laaa."
"Mahal?"
Mya mengangguk laju.
"So? Apa kena mengena mahal dengan aku?"
"Ye laa nanti kang tak pasal pasal kena basuh pinggan dekat sini."
"Tu kau. Bukan aku.. kau memang la tak ada duit.. sekarang kau dengan aku kan? Aku la belanja" ujar Rayyan selamba.
Mendengar sahaja ungkapan yang sedikit terguris hati itu, Mya menggerling ke arah Rayyan dengan pandangan sisi tepi. Selamba badak dia tak jaga hati aku. Nasib baik la aku ni tak gaji lagi. Kalau tak dengan kafe kafe ni aku belinya nanti.
"Eleh.. mentang mentang la anak orang kaya.. merendahkan saya yang miskin ni pulakk!"
"Eh? Aku tak cakap aku kaya? Dan aku tak cakap kau miskin? Kau yang cakap sendiri."
Mya muncungkan bibir ke hadapan sebelum matanya terarah ke suatu tempat.
"Ha! Kita makan kat situ lah!" jerit kecil Mya dengan menuding jari ke arah sebuah kedai makan yang tidak jauh dari kafe yang mereka berada sekarang.
Rayyan memandang Mya dengan kerutan dahi lalu kepalanya mula bergerak ke arah di mana Mya tunjukkan. Dia menyepetkan mata melihat ke arah kedai itu, apabila jelas matanya membulat kecil.
"Mamak?"
Mya mengangguk laju bersertakan dengan senyuman yang paling lebar.
Yeahh! Kedai makan mamak is my favourite!
"K.. kau biar betul?"
"Betul la! Apa yang tak betulnya?"
"Bersih ke makan situ?"
"Alaa kalau tak bersih tak ada lah ramai macam tu.. dah lahh banyak songeh pulak dia ni.. jom jom nanti tak ada tempat duduk pulakk" kata Mya teruja sebelum dia melangkah terlebih dahulu menuju ke arah kedai makan mamak itu.
Rayyan menelan air liurnya dengan kesat. Ni kalau anak anak buah dia tahu yang dia makan kedai makan mamak, memang kena menganjing sampai ke mampus ni.
"Ish! Awak! Cepat lahhh!" jerit Mya lantang sambil menghentak kecil kakinya itu.
Rayyan memejamkan mata rapat sebelum dia menarik nafas mendalam dan menghembus panjang.
Hilang macho aku macam ni.
Dengan itu, Rayyan mula mengangkat kaki mengorak langkah menghampiri Mya yang sedang protes itu.
"Apa sal awak tercegat dekat situ?" soal Mya setelah Rayyan berhadapan dengannya.
"Tak ada apa la. Saja berdiri dekat sana."
"Elehh ye la tuu.. dah laa jom duduk sini" pelawa Mya seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik itu.
Rayyan melihat sekeliling terlebih dahulu sebelum punggungnya perlahan lahan melabuhkan di atas kerusi plastik berhadapan dengan Mya.
"Ye nak order apa?" seloroh pekerja wanita itu sambil memandang Rayyan dan Mya bersilih ganti.
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...