Bab 12 - RAYYAN MIKHAEL

3.8K 122 3
                                    

"Nah boss." Sekeping gambar diletakkan di atas meja lalu menolak sedikit ke arah Khairul yang membelakangi itu.

Khairul memusingkan kerusi dan memandang wajah anak buahnya. Kemudian, mata mula beralih ke arah sekeping gambar tersebut.

"Gambar perempuan mana ni kau ambil?" soal Khairul sedikit hairan setelah dia melihat gambar itu.

"Saya rasa tu girlfriend, Rayyan."

"Okayy.. so? Apa kena mengena dengan aku? Aku nak Rayyan bukan girlfriend dia!" bentak Khairul dengan suara sedikit meninggi.

Anak buah Khairul memejam mata dan merengus kecil.

"Susah dapat boss bengap macam ni."

"Tak. Macam ni.. kalau kita apa apa kan girlfriend dia macam culik dia ke apa.. and then saya confirm yang Rayyan akan datang bersemuka dengan boss.. kemungkinan jugak kita boleh ugut dia menggunakan perempuan ni.. and also mana tahu boss dapat bangunan yang boss nak kan sangat tu?" jelas anak buah Khairul lancar.

Khairul terdiam memikirkan penjelasan anak buahnya tadi. Ada betul jugak kata budak ni.

"So? Maksud kau.. kita target perempuan ni untuk dapatkan Rayyan?"

"Yes boss."

Khairul tersenyum senget lalu mengangguk kepalanya berkali kali.

"Okay. Bagus. Ini la yang aku nak" puji Khairul.

"Tapi kan boss bukan ke bulan depan boss dengan ayah boss nak pergi ke Thailand?" soal anak buah Khairul tatkala dia teringat akan tentang Khairul dan ayah bossnya akan berangkat ke Thailand pada bulan hadapan.

"Ala bulan depan kan? Lambat lagi.. hanya berbaki 2 minggu lagi aku akan pergi.. tapi sebelum aku pergi aku nak la kau dapatkan perempuan ni.. kau faham kan maksud aku?"

"Means, boss nak bawak perempuan Rayyan ni pergi Thailand sekali?"

Khairul menarik senyuman senget lalu mengangguk kepala.

"Ya. Tepat sekali. So dalam sebulan ni aku nak kau perhatikan perempuan ni then culik dia.. macam kau cakap.. ini je cara Rayyan akan datang melutut dekat aku? And bila aku ugut dia macam macam menggunakan perempuan yang dia sayang ni.. kemungkinan aku akan dapat bangunan tu.. dan semua anak anak buah dia akan jadi milik aku? Kan?" ujar panjang Khairul bersama ketawa jahatnya itu.

Manakala anak buahnya di hadapan itu memandang lurus sahaja pada wajah bossnya itu.

"Memang setan betul perangai boss aku ni" gumam anak buahnya perlahan lalu merengus kecil.











           ꧁❦♛𝗥𝝠𝗬𝗬𝝠𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗛𝝠𝗘𝗟♛❦꧂













Motorsikal Yamaha YZF-R7 milik Rayyan selamat parking dalam stor setelah dia dan Mya meredah dalam hujan lebat semasa perjalanan pulang ke rumah.

"Haih.. habis basahhh" omel Mya seraya turun dari motor itu. Topi keledar diberikan kepada Rayyan.

"Itu la kau.. lama sangat lepak dekat tasik tu.. kan tak pasal pasal balik dalam keadaan basah macam ni?" bebel Rayyan yang turut turun dari motor itu. Jaket hitam dibuka lalu meletakkan atas belakang Mya.

"Eh? Kenapa? Tak payah laa kan dah sampai rumah dah ni?" ujar Mya pelik. Dah sampai rumah baru nak pakaikan aku jaket? Baik tak payah.

"Tahu. Tapi baju kau tu." Rayyan menjuih bibir ke arah tubuh badan Mya.

"Baju saya?" Kepala Mya mula tunduk memandang bajunya. Oh shit! Hurmm...

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now