Bab 25 - RAYYAN MIKHAEL

3.5K 89 2
                                    

Entah keberapa kali Mya mengeluh. Dia sejak dari tadi lagi hanya berdiri sahaja di tingkap, menantikan kepulangan Rayyan. Dari semalam sampai ke nak masuk petang hari ni masih lagi tidak nampak batang hidung.

Jelas terselit perasaan risau di riak wajah Mya sambil mengigit kecil di hujung ibu jari. Risau jika ada perkara buruk terjadi pada Rayyan. Mana tak risau kalau dah Fendi call berkali tak jawab, mesej beribu ribu hantar tapi satu patah perkataan pun tak balas.

"Aduu.. mana dia ni.. dari semalam lagi tak balik balik hmm.." gumam Mya dengan kepala menjenguk jenguk mencari kelibat Rayyan luar tingkap.

Tidak lama kemudian, sebuah motorsikal muncul di permukaan pintu pagar. Tidak lain, tidak bukan sudah tentulah Rayyan. Perasaan risau terus bertukar gembira. Dia menarik senyuman lebar sebelum dia memusingkan badannya dan berlari keluar dari bilik Rayyan.

Rayyan membuka topi keledar. Hembusan nafas dihela berat. Sempat dia termenung seketika memikirkan tentang hal perkahwinan paksaan dia bersama Kiera.

"Sial la. Pandai kau berbolak balik eh Kiera" gumam Rayyan. Kemudian itu, dia menggeleng kepala berkali kali.

"Tak. Aku takkan kahwin dengan Kiera.. tak kisah la apa nak jadi.. aku tetap takkan kahwin dengan perempuan tu." Janji Rayyan pada dirinya.

"Awak!" sergah Mya dengan senyuman lebar tidak lekang pada bibir. Senang bila orang yang dinanti nantikan akhirnya muncul jua.

Bahu Rayyan terhinjut kecil lalu lantas berpaling ke arah orang menyergahnya. Bibir ditarik mengukir senyuman kecil.

"Awak pergi mana nak petang macam ni baru balik?" soal Mya dengan nada suara seakan sedih.

"Aku ada hal sikit. Kenapa?"

"Tak ada la. Sebab pukul 10 malam semalam saya tersedar.. lepas tu saya cari cari awak tapi tak ada.. saya tanya la yang lain.. tapi diorang cakap tak tahu" jelas Mya.

"Ouhh.. rindu ke?" Rayyan menjongket sebelah kening bersertakan dengan senyuman senget.

"Eee! Tak ada maknanya!"

"Eleh. Kalau tak, kenapa cari cari aku?"

"Saja" balas Mya ringkas tanpa memandang Rayyan.

Rayyan berdecit ketawa. Lucu melihat riaksi wajah Mya yang berpura pura itu.

"Dah makan belum?"

"Belum."

"Nah." Rayyan menghulurkan beg plastik kepada Mya. Terlihat isi dalam seperti bungkusan nasi bersama air botol berperisa ice lemon tea.

Bersinar sinar mata Mya melihat itu. Dan langsung menyambut huluan Rayyan.

"Wahh.. patut la saya bau sedap jee daripada tadi.. rupanya ni" ujar Mya dengan anak matanya masih menatap isi dalam beg plastik itu.

"Thanks" ucap Mya seraya menutup beg plastik itu lalu memandang wajah Rayyan dengan senyuman manis dilemparkan.

"My pleasure." Rayyan turut membalas senyuman.

"Kalau macam tu jom la makan sekali?" pelawa Mya yang seakan akan mahu melangkah pergi.

"Err.. kau masuk la makan dulu.. aku nak cakap dengan Fendi kejap kat sana" kata Rayyan sambil menunding jari ke arah Fendi yang tidak jauh darinya.

Mya berpaling lalu mengangguk kepala.

"Okay la. Saya masuk makan dulu." Mya terus memusingkan badan lalu beredar dari pandangan Rayyan.

Sebaik sahaja kelibat Mya tidak kelihatan lagi, Rayyan mula mengangkat kaki dan berjalan menghampiri Fendi yang berada di bawah pohon pokok sambil hisap rokok.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now