بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Ratu Kiriman Tuhan
Under Milik Dia Series Vol III
Hasil Karya
Jasmin Adira- Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam bentuk apapun jua. Watak-watak yang terdapat dalam Wattpad ini adalah hasil kreatif penulis. Begitu juga ilustrasi kulit luar adalah hasil kreatif ilustrator semata-mata. Ia tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah mati.-
Information
Milik Dia Series Vol III (Ratu Kiriman Tuhan) merupakan sambungan daripada Milik Dia Series Vol 1 (Bukan Cinta Biasa) yang telah diterbitkan di bawah Fajar Pakeer dan Milik Dia Series Vol II (Takhta Seorang Bidadari).No Plagiarism Allowed.
✿ Luth Qayyid | Nur Syifa Ikhawana ✿
Blurb
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum syariat. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
___________________________
All Rights Reserved
2024
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...