"AMBOI, bahagia nampak bila dah kena terima," usik Datin Adruja. Pagi tadi dia dah diberitahu oleh Puan Sri Kinan tentang jawapan Syifa. Siapa tak gembira? Dah jadi penantian buat dia dan Luth. Sampai tak terucap lagi kalimat lainnya selain mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi.
"Bila nak tunang?" Spontan soalan itu keluar daripada mulut Datin Adruja. Senyuman bukan main melebar lagi. Suka.
"Pasal ni, nanti Luth bincang dengan Syifa."
Wanita itu mengangguk sebagai tanda memahami.
"Jangan lama-lama sangat tau. Kalau dah diikat tu, tak payah lagi kamu nak risau Syifa kena rebut ke tak," pesan si ibu membuatkan Luth tersengih. Datin Adruja saja dah gembira, apatah lagi dia yang setiap kali menyebut nama gadis itu dalam sujudnya.
"Kalau nak diikutkan hati Luth, Luth tak nak pun bertunang. Nak kahwin je terus."
"Amboi?" Terbuntang mata Datin Adruja ketika mendengar. Bukan main lagi anak lelakinya seorang ni. Bila dah dapat pujaan hati, kahwin saja dalam fikiran.
"Tak adalah, Luth gurau je. Ikut Syifa je lah. Mana yang dia nak, Luth ikut je."
"Sayang sangat tu..."
"Kalau tak sayang, Luth tak beria-ria nak kejar dia, umi..." Lelaki itu meluahkan isi hatinya. Kalaulah perasaan itu tidak sekuat ini, mungkin dia tidak akan berniat untuk menjadikan Syifa sebagai isterinya.
"Apa-apa je lah..." Datin Adruja menghembuskan nafas berat. Soal perkahwinan, dia cuma membiarkan Luth mengurusnya. Lagi cepat, lebih bagus. Lagi pula Luth sudah cukup umur untuk membina rumah tangga. Tak cukup itu, Luth juga sudah mampu berfikir matang.
Dia yakin Luth mampu membahagiakan Syifa.
ENTAH kali keberapa dia menatap cincin itu. Setelah sekian lama, dia melihat semula cincin yang tersarung pada jari manis itu. Tidak tahu sedih atau gembira, perasaannya masih kosong. Timbul pelbagai persoalan dalam mindanya.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...