RKT | 25

1K 114 1
                                    

TATKALA muncul kelibat Luth, Datin Adruja langsung menyapa anak lelakinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TATKALA muncul kelibat Luth, Datin Adruja langsung menyapa anak lelakinya. Bibir mungil itu tersenyum manis sebelum dia meletakkan kotak kecil di atas meja makan.

"Apa ni?" Luth mengerutkan dahi itu. Hairan. Sejak bila ibunya membelikan jam tangan untuk dia?

"Jam tangan. Syifa bagi."

"Ya?" Keningnya terjongket sedikit. Macam tak percaya apa yang dia dengar sebelum ini. Jam tangan? Syifa bagi dia jam tangan? Mahu saja Luth mempamerkan senyuman teruja. Tapi Luth kena tahan. Mana boleh dia senyum sekarang. Dia syok sendiri agaknya.

"Ya, dia belikan. Khas untuk kamu."

"T-Tapi kenapa?" Kali ini Luth mengangkat wajah itu. Jujur dia hairan kenapa Syifa mahu memberikannya jam tangan sedangkan tak ada apa yang terjadi antara mereka berdua. Bahkan minggu lepas saja, Syifa secara terang-terangan menolak diri itu.

"Lah, tak suka ke? Dia dah belikan kamu jam tangan."

"Yalah, tapi kenapa? Luth hairan sikit kenapa dia nak belikan Luth jam?" Sumpah otaknya tak mampu berfikir dengan baik. Sudahlah dia ada sidang tadi pagi, petang pula kena jumpa klien. Dan sekarang balik rumah, dia diberi kejutan.

"Saja."

"Saja?" Kali ini Luth betul-betul meletakkan kecurigaan pada ibunya. Macam ada sesuatu saja yang disembunyikan.

"Umi, tak baik tipu. Dosa..."

Datin Adruja hela nafas panjang. "Haih kamu ni..."

"Dia nak bagi kamu jam tangan tu. Lepas ni kamu tak jumpa dia lagi..."

"Apasal?" Dahi Luth mula berkerut. Maksudnya?

"Syifa nak sambung belajar. Mungkin bukan dekat KL katanya."

Luth terdiam. Tubuhnya kaku. Kenapa Syifa tak bagitahu apa-apa pasal ini? Oh lupa... Syifa cuma menganggapnya tidak lebih daripada seorang teman, jadi mana mungkin gadis itu mahu memberitahunya.

"Oh..." dia membalas dengan perasaan kecewa.

"Kamu masih simpan tak cincin tu?" Tanya Datin Adruja membuatkan Luth sekali lagi terpaku. Kenapa dengan cincin?

"Kenapa dengan cincin?"

Datin Adruja tersenyum nipis. Nampak jelas betapa polosnya muka anak lelakinya seorang itu.

"Umi kira nak merisik Syifa sebelum dia pergi sambung belajar."

"Untuk siapa?" Luth jadi bengong sekejap. Mata berkebil tidak faham.

"Siapa lagi anak lelaki umi kalau bukan kamu, untuk kamulah!"

"Hah?" Jatuh rahang lelaki itu. Sebelum ini bukan main Datin Adruja cuba menghentikan niatnya untuk merisik Syifa. Tapi sekarang bila Datin Adruja dah bagi isyarat lampu hijau, dia pula terpinga-pinga.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now