HATI mulai tak tenteram. Rasa mahu tercabut saja jantung bila terkenang semula kata-kata ibunya. Semalam pun tidurnya langsung tak lena. Semuanya sebab Luth! Ya, semuanya sebab lelaki itu.
Saat melihat penampilan diri di hadapan cermin, Syifa cuma diam membisu. Baju kurung yang pernah dipakai semasa malam pertemuan pertamanya dengan Luth terus menerus dipandang.
"Selain jaga diri sendiri, saya pun nak jaga diri awak. Jangan hairan kalau ada cincin sampai kat tangan awak. Itu tanda saya nak serius."
Degupan jantungnya semakin laju. Wajah tertunduk akibat malu dengan kata-kata Luth. Lelaki itu kata cuma mahu bergurau. Tapi tengok? Cincin dah hampir sampai pun ke tangannya.
Ketika pintu biliknya diketuk, Syifa mengangkat semula kepala itu. Tak sampai seminit, pintu kamar itu dikuak daripada luar hingga muncul kelibat Datin Adruja.
Namun hanya satu pandangan yang membuatkannya meneguk air liur. Perlahan-lahan Datin Adruja cuba menghampiri tubuh itu bersama senyuman tipis.
"Okey tak?" Tanya Datin Adruja. Halus. Sungguh jiwa Syifa makin terganggu. Kalaulah dia berdepan dengan Luth sekarang, apa yang jadi? Bolehkah dia lari? Ah... jangan fikirkan benda gila, Syifa.
"Tak okey..."
Datin Adruja tertawa kecil mendengar kejujuran Syifa. Melihat kemanisan Syifa saat mengenakan baju kurung kampung itu, senyuman semakin lebar. Patutlah anak lelakinya jatuh hati. Cantik dan manis orangnya.
Dalam masa yang sama, Datin Adruja mula melabuhkan punggung di atas birai katil. Dalam genggaman Datin Adruja, Syifa dapat melihat adanya sekotak baldu berwarna merah hati.
"Luth mana?" Soal Syifa terlebih dahulu.
"Luth ada dekat luar."
Syifa mengangguk. Jika dia keluar sekarang, mungkin dia tidak dapat menutup rasa malunya. Tiba-tiba pula lelaki itu datang ke rumahnya dengan tujuan merisik. Siapa tak malu?
"Aunty nak tanya, Syifa nak tak terima Luth dalam hidup Syifa?" Soal Datin Adruja tanpa basa basi.
Seketika gadis itu diam membisu. Memerhati raut wajah Datin Adruja yang seakan-akan menanti jawapannya.
"Boleh tak Syifa nak tanya sesuatu?" Ujarnya. Perlahan. Kedua-dua tangan mula digenggam.
"Apa dia?"
"Kenapa Luth nak kahwin dengan Syifa?"
Datin Adruja menarik senyuman.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...