"BARU balik?"
Begitu sahaja kaki itu menjejak lantai rumahnya, suara Datin Adruja sudah kedengaran. Pantas, ekor mata dialihkan memandang wajah tua Datin Adruja yang sedang menatap diri itu.
"Luth pergi rumah Am."
Datin Adruja mengangguk faham. Patutlah Luth pulang sedikit lambat berbanding sebelumnya. Kebiasaan lelaki itu akan pulang tepat sebelum maghrib, kalau ada kerja pun. Mungkin Luth akan mesej atau telefon untuk memberitahu.
"Tapi kenapa tak bagitau umi, kamu pulang lambat? Tau tak umi tunggu kamu?" ujarnya. Hidangan makanan tadi sama sekali tidak disentuh hanya gara-gara menunggu kepulangan Luth. Selalunya, dia dan Luth akan makan bersama.
"Umi dah makan?"
Datin Adruja gelengkan kepala. "Belum. Umi tengah lapar ni."
"Sorry, Luth ingatkan Luth dah bagitahu umi tadi. Nak Luth temankan?" Dia tayang muka bersalah. Jujur disebabkan lambakan kerja, dia sampai terlupa mahu memberitahu Datin Adruja. Tak tentu pasal Datin Adruja menahan lapar semata-mata menunggunya.
"Tak apalah. Umi boleh makan seorang. Kamu mesti penat. Pergilah mandi dulu."
"Betul?"
Datin Adruja anggukkan kepala.
"Umi..." Luth panggil ibunya dengan nada halus. Bibir tersengih manja.
"Luth jumpa dia tadi," beritahunya membuatkan Datin Adruja ikut tersengih. Tak payah cakap apa-apa, wanita itu sudah agak Luth tengah angau.
"Suka ya. Nak umi kahwinkan kamu dengan dia?"
Luth gelengkan kepala. "Sabarlah umi. Orang tak buat move lagi."
"Kamu tu lembab sangat. Nanti kalau orang ambil dia dulu, jangan menyesal." Si ibu sengaja mahu mengusik Luth. Iyalah, kalau dah suka cepat-cepat bergerak. Nanti orang lain dulu dapat, tak pasal-pasal melepas.
Dalam masa itu, Luth menghela nafas panjang. Entah kenapa dia merasakan untuk dekat dengan Syifa adalah satu cabaran terbesar untuknya. Tengoklah, hari ini saja dia susah nak nampak. Inikan pula mahu mendekat.
"Entahlah. Luth rasa macam susah nak dekat dengan dia. Dia asyik mengelak aje."
"Ada Ammar, kan? Cuba minta tolong Ammar. Mana tau dia boleh tolong."
Bibir itu dikebam. Kenapalah dia lupa tentang Ammar. Apa guna ada kawan, tapi tak guna? Hai lah, Luth.
"Nanti Luth cuba." Kepala diangguk. Kali ini dia betul-betul bertekad untuk mendekati gadis itu.
Walau sesusah apapun, hendak dia redah lautan berapi. Luth sudah nekad. Mahukan gadis itu sebagai seorang wanita terakhir dalam hidupnya.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...