RKT | 10

1.8K 135 3
                                    

"MINGGU depan majlis akad nikah Ziyad dan Umairah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MINGGU depan majlis akad nikah Ziyad dan Umairah. Jadi Ziyad ada kata dia nak bawa ibu dan kamu pergi fitting baju. Kamu ada masa free tak?" soal si ibu. Setelah hampir setahun Ziyad dan Umairah bertunang, akhirnya tarikh akad nikah sudah ditetapkan.

Majlis tak adalah besar-besaran, kecil-kecilan saja. Itupun permintaan daripada Ziyad sendiri sebab dia tak nak buat keluarga Umairah tak selesa dengan majlis itu.

"Bila?"

"Esok petang."

Syifa kemam bibir dengan rapat. Berfikir.

"Hurm, rasanya petang esok Syifa ada kelas memasak. Tapi tak apa, lepas kelas tu Syifa pergi sanalah," ujarnya. Selalunya kelas memasak akan jatuh hari Selasa, Rabu dan Jumaat. Jadi kadang-kadang masa itu dia akan sibuk dengan hobinya.

"Baguslah tu..." Puan Sri Kinan mengangguk mengiyakan. Dengar saja Ziyad nak kahwin, hati seorang ibu dah makin tak sabar nak terima menantu baru lagi.

Umairah anak yang baik, sopan saja. Mungkin sebab keperibadian Umairah itu, Ziyad yang dulu boleh dikatakan playboy pun tertunduk. Itulah rasanya kekuatan cinta. Bila dah cinta, mata cuma tertumpu pada seorang wanita.

Begitu juga dia dulu. Bila dah cinta, seburuk dan seteruk mana pun lelaki itu. Syifa tak kesah asalkan berharap dirinya dicintai. Tetapi selepas berkali-kali dicurangi, dikhianati dan diseksa, Syifa sedar dia cuma dibutakan dengan cinta.

"Oh ya, umi lupa nak tanya. Siapa lelaki yang hantarkan kamu ke rumah beberapa hari yang lepas?" Tanya si ibu spontan. Anak mata merenung dalam wajah itu.

"Ma-Macam mana ibu tau?" Syifa tayang muka terkejut. Macam mana Puan Sri Kinan tahu? Sedangkan dia sendiri berusaha keras supaya tidak dilihat oleh orang rumahnya.

"Mata ibu ni mata helang, Syifa. Daripada jauh, umi dah nampak. Jadi jangan sesekali nak tipu firasat seorang ibu." Mata seakan-akan mengugut buatkan Syifa teguk air liur sedikit berpasir.

Tak tahu nak cakap apa.

"Kamu tak jawab soalan ibu lagi. Siapa lelaki tu? Syifa tengah berka—"

"Tak." Kepala pantas digeleng.

"Dia anak aunty Ad. Dia hantar Syifa sebab hari dah malam. Takut jadi apa-apa benda yang tak elok." Dia cuba menjelaskan dengan baik. Takut Puan Sri Kinan salah tafsir atas apa yang terjadi malam itu.

Tentang berkawan biasa, dia okey. Tapi bila berkawan dengan tujuan yang lain, awal-awal Syifa rasa mahu menolak. Daripada lelaki itu menyesal dengan dia, lebih baik dia mengundur diri.

"Kebetulan juga dia kawan Abang Ammar."

"Kawan?"

Syifa angguk kepala. "Bukan setakat Abang Ammar je, Kak Rose dan Kak Raudhah sekali. Mereka kawan satu kampus."

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now