"SYIFA suka makan mangga, kan?" Suara Datin Adruja kedengaran teruja. Cukuplah dia melihat anak lelakinya dan gadis itu berbual bersama, hati meronta-ronta tak sabar. Luth pun dah suka, tinggal nak ambil hati Syifa saja lagi. Selepas itu, barulah impiannya tercapai nak tengok Luth menamatkan zaman bujang.
"Suka." Syifa mengangguk. Melihat mangga yang sudah dipotong oleh Datin Adruja, dia mengambil satu sebelum disuakan ke dalam mulut. Manis!
"Ni Luth yang belikan," beritahu wanita itu sambil menatap wajah Luth. Sekali-sekala nak tolong anak terunanya itu.
"Luth?" Mata dialihkan ke arah Luth.
"Ya, Luth. Aunty yang minta dia belikan. Manis kan?"
"Manis." Sekali lagi Syifa mengiyakan. Mangga yang dimakan sedap dan manis. Susah sangat nak jumpa mangga seperti itu, lebih-lebih lagi bila belum musimnya.
Pada masa yang sama, mahu saja Luth mendabik dada sendiri. Teruja bila Syifa begitu nikmat makan buah mangga yang dibeli olehnya. Lepas ni, bolehlah dia kirimkan hadiah buah mangga untuk Syifa.
"Lepas ni kamu nak balik?" tanya Datin Adruja. Jam di dinding sudah menunjukkan jam tujuh malam. Tak terasa langsung Syifa sudah meluangkan masa berjam-jam di rumahnya itu.
"Ya."
"Biar saya hantar..." Akhirnya Luth mempelawa diri. Jam di pergelangan tangannya daripada tadi sudah dilirik. Bahaya kalau perempuan balik malam-malam macam ni. Lagi pula jarak rumahnya dengan jarak rumah Tan Sri Sufyan boleh tahan jauh juga.
"Tak apa, saya boleh drive sendiri."
"Bahaya kalau awak balik seorang. Malam-malam macam ni, lampu jalan raya tu tak semuanya terang. Ada yang gelap. Lagipun awak perempuan, Syifa. Bahaya..."
Syifa kemam bibir dengan rapat. Mendengar saja kata-kata Luth, terasa sangat Luth mengambil perhatian tentangnya. Kalau dulu, selewat manapun dia balik daripada kerja. Bekas suaminya tak pernah mengambil berat.
Bahkan sanggup membiarkan dia berjalan kaki pada waktu malam, sementara kereta pula lelaki itu yang guna untuk jumpa kekasih hati. Kejam, bukan?
"Ya, betullah apa yang Luth cakap tu. Bahaya..." Datin Adruja menyokong kata-kata anak lelakinya. Turut risau dengan keselamatan Syifa.
"Kalau awak hantar saya balik, macam mana awak nak balik ke rumah nanti?"
"Saya boleh naik teksi."
"Kalau tak ada teksi?"
"Pandai-pandai sayalah nak buat apa. Saya senang, Syifa. Saya lelaki, saya boleh lindung diri saya sendiri. Jangan risau." Dia pamer senyuman untuk mengurangkan kerisauan Syifa. Luth tahu Syifa risau tentang dirinya. Lihat daripada raut wajah sahaja dia sudah tahu.
Setelah mendengar pujukan demi pujukan, akhirnya Syifa mengangguk sebagai tanda setuju walaupun masih berbelah bahagi. Kasihan dengan Luth sebab terpaksa menghantarnya. Padahal mesti banyak kerja lelaki itu.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...