RKT | 18

1.2K 127 3
                                    

PESANAN Luth dibiarkan tanpa dibalas, Syifa duduk di atas birai katil sambil mengetap bahagian bawah bibirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PESANAN Luth dibiarkan tanpa dibalas, Syifa duduk di atas birai katil sambil mengetap bahagian bawah bibirnya. Hari ini sudah hari kesepuluh dia membiarkan mesej itu tidak dibuka langsung. Rasa bersalah? Tipulah kalau Syifa kata dia tak rasa bersalah. Bahkan dia sendiri mahu menutup telefon bimbit itu untuk jangka masa yang panjang.

Tak sanggup.

Namun dalam masa yang sama, dia tertanya-tanya. Luth okey ke? Dia sihat? Sungguh fikiran tentang Luth tidak mampu dilupakan daripada minda. Asal Luth saja yang ada. Padahal mereka baru saja bertemu secara rasmi, tapi Syifa sudah memikirkan banyak benda.

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk membuatkan Syifa angkat kepala. Siapa itu?

"Sibuk ke?" Wajah Puan Sri Kinan muncul di depan muka pintu.

"Tak adalah. Kenapa?" Syifa menyoal dengan mengangkat sebelah kening sendiri.

"Ibu nak cakap sikit boleh?" Soal wanita itu. Wajahnya masih kelihatan datar. Langsung tidak ada senyuman yang terpamer daripada wajah itu.

"Cakap pasal apa?"

Puan Sri Kinan masih diam. Tetapi renungan mata itu dalam menatap seraut wajah anak perempuannya. Jujur dia akui Syifa mirip seperti wajahnya waktu muda dulu.

"Kenapa dah jarang sangat pergi kelas? Ada sesuatu yang buat kamu tak okey ke?" Tanyanya pula. Bohonglah jika selama ini dia tidak sedar bagaimana gerak-geri Syifa. Selalu sangat mahu mengelak.

"Okey je."

"Jangan tipu ibu. Kamu kan suka memasak tu. Sekarang ni ibu nampak ada benda lain yang buatkan kamu tak tenang. Tak nak cakap apa-apa dengan ibu ke?" Puan Sri Kinan mengangkat keningnya. Semakin ingin tahu.

"Okey. Ibu tak payah risau." Gadis itu cuba mengukirkan senyuman. Berusaha untuk menepis segala keresahan yang ada di dalam hati Puan Sri Kinan. Macamlah dia tak tahu macam mana sifat ibunya itu.

"Ibu kalau boleh nak hari-hari risaukan kamu. Ada benda ke yang kamu gaduhkan dengan Luth?" Laju saja nama itu disebut oleh Puan Sri Kinan. Tak semena-mena Syifa tergamam.

"Kenapa diam? Rasanya betullah ada sesuatu yang jadi antara kamu dengan Luth, kan?"

"Tak adalah. Buat apa kitorang gaduh. Kawan je kut."

Puan Sri Kinan diam tetapi renungan matanya cukup dalam menilik setiap reaksi yang ditunjukkan oleh Syifa.

"Ibu tak nampak macam kawan. Daripada apa yang ibu nampak pada Luth, ibu boleh rasa Luth sukakan kamu," tambah wanita itu. Firasat seorang ibu tidak pernah salah. Dan dia sendiri menyaksikan bagaimana usaha lelaki itu cuba mendekati anak perempuannya.

"Kalau dia sukakan Syifa pun, kami cuma kawan."

"Mana ada kawan bila salah seorang dah jatuh cinta. Itu bukan kawan namanya. Itu cinta bertepuk sebelah tangan."

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now