RKT | 23

1K 106 2
                                    

"KAMU ke yang masakkan bubur ni" Soal Datin Adruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAMU ke yang masakkan bubur ni" Soal Datin Adruja. Masuk saja ke dalam dapur itu, aroma bubur ayam terus menusuk ke dalam rongga hidung. Sedap!

"Tak. Syifa..."

"Eh, bukannya dia dah balik?" Dahi wanita itu berkerut sedikit. Sebelum dia terlelap tadi, Syifa dah minta izin siap-siap untuk pulang ke rumah. Tapi dia tak tahu pula Syifa sempat memasakkan bubur ayam untuknya.

"Dia masak dulu. Lepastu baru dia balik," beritahu Luth. Diam saja lelaki itu di ruang tamu sambil membelek Ipad di tangan. Tidak ada secalit senyuman. Ada apa-apa jadi ke?

"Okey... tapi sekarang umi nak tanya. Apasal muka masam aje? Gaduh lagi ke?" Duga Datin Adruja. Kali ini wanita itu mengangkat sebelah keningnya. Mesti ada sesuatu yang jadi lagi.

"Bukan gaduh tapi..."

"Kecewa?"

Luth diam tetapi apa yang diujarkan oleh Datin Adruja ada benarnya. Dia sedikit kecewa dengan jawapan Syifa. Betullah apa yang Ammar cakap sebelum ni, nak dapatkan hati Syifa bukanlah sesuatu perkara yang senang.

Sekarang dia faham kenapa Ammar selalu mengeluh dengannya saat cinta lelaki itu bertepuk sebelah tangan. Sebab dia sendiri yang alami benda yang sama.

"Umi dah kata, kan? Jangan berharap sangat."

"Bukan berharap, umi... tapikan, tau tak hati ni lain sikit."

"Apa yang lain?" Si ibu mengerutkan dahi. Kali pertama dia melihat Luth seperti ini. Mahu saja dia menghamburkan tawanya. Kelakar!

"Lain... susah nak explain. Benda ni first time Luth rasa."

"Halah, orang dah jatuh cinta memang macam tu. Tak faham dengan diri sendiri, lepastu dah tak pandang orang lain lagi. Hah macam itulah jadinya. Sabar sabarlah sikit, Luth... Bagi Syifa tu sikit masa. Kalaulah memang betul ada jodoh kamu berdua, memang tak kemana. Soal jodoh, berserah je dengan Tuhan. Tak payah banyak songeh..."

"Umi, bukan banyak songeh." Luth mengeluh panjang. Akhir-akhir ini dia jadi serabut dengan perasaan sendiri. Haihlah, ingatkan perempuan saja macam itu. Rupa-rupanya lelaki pun boleh bertukar-tukar mood. Pelik tapi benar!

"Tak disangka anak umi ni boleh hilang mood sebab cinta ditolak eh?" Datin Adruja mengusik. Bibir menarik sengihan nakal.

"Ini kali kedua dah."

"Jadi nak mengalah dah?" Tanya wanita itu. Takkan dah dua kali ditolak, Luth dah nak berhenti?

"Siapa cakap?"

"Mana tau dah mengalah..."

Luth diam. Tak lama itu, dia menggeleng.

"Belum masanya. Ada lagi benda yang Luth nak buat."

"Apa?" Datin Adruja menjongket sekali lagi keningnya. Berkali-kali pun dia hendak menghentikan Luth, tiada siapa yang mampu. Sah, Luth sudah dilamun cinta. Sedaya upaya pun dia hendak dinafikan, Luth tidak mampu melawan perasaan itu.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now