"SIAPA tadi?" Soalan spontan keluar daripada mulut Luth. Sedari tadi Syifa sedar Luth banyak berdiam diri sambil memandu. Anak mata terlalu fokus sampaikan Syifa tidak berani bersuara.
"Siapa apa?"
"Perempuan tadi?" Sesekali dia mengerling ke wajah Syifa.
"Oh, coursemate. Tapi of course lah dia muda daripada saya," beritahu Syifa tentang Maysa. Mungkin Luth agak terkejut dengan sikap Maysa dan mungkin juga terkejut bila Maysa tahu tentang dirinya.
"Awak bagitau ke awak dah tunang?"
"Setakat ni Maysa je tahu."
"Perempuan tadi tu ke?"
Syifa menganggukkan kepalanya.
"Kenapa awak tak nak bagitau dekat semua orang?" Luth mula tertanya-tanya. Mula risau bagaimana jika ada yang mengambil kesempatan pada Syifa tanpa tahu status sebenar gadis itu? Ditambah pula dia sering berjauhan dengan Syifa. Sungguh hati makin gelisah.
"Saya akan bagitahu bila saya rasa diri saya terancam."
"Maksudnya?"
Syifa senyum. "Maksudnya, bila ada orang sukakan saya. Saya mengakulah saya tunang orang. Tapi walaupun saya tak mengaku. Orang dah tahu saya pakai cincin."
Luth terdiam sejenak. Kini dia memerhati pula cincin tunang yang dia beli untuk Syifa. Masih lagi tersemat rapi pada jari manis gadis itu. Bohonglah kalau dia tak suka, mahu saja dia menunjukkan rasa suka itu dengan senyuman.
"Awak tak suka ke saya pakai cincin?" Syifa tayang muka cemberut. Kenapa Luth diam saja?
"Siapa kata saya tak suka. Suka je..."
"Habistu kenapa awak diam-diam? Awak tak nak cakap dengan saya ke?" Dia tak puas hati. Mereka baru saja bertunang. Kemudian Luth pula dah tak banyak bunyi seperti sebelum ini. Ada masalah ke?
"Ya Allah, bukan macam tu sayang..." Luth leretkan nada suaranya. Tak semena-mena Syifa terdiam bila mendengar Luth memanggilnya dengan panggilan 'sayang'.
"Sa-Sayang?" Keningnya terjongket naik. Terkejut.
"Ya, sayang? Kenapa? Saya tak boleh panggil awak sayang ke?"
"Kita belum kahwin."
Luth tahan ketawa. "Practice makes permanent. Nak cuba-cuba dulu. Nanti tak jadi kekok kalau saya nak panggil awak 'sayang'. Awak pun tak jadi segan bila saya panggil 'sayang'. Betul, kan?"
"Tapi..." Bibir merahnya cuba diketap rapat. Sumpah dia rasa malu bila Luth ingin memanggilnya dengan panggilan itu. Sedangkan bekas suaminya saja memanggilnya dengan nama. Takkan Luth dah berani panggil dia 'sayang'?
"Tapi apa? Nak ubah panggilan ke?"
"Tak nak!" Lantang suara Syifa dengan spontan. Luth tersentak. Eh?
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...