CANTIK. Itu satu kata yang keluar daripada fikiran Syifa. Melihat penampilannya memakai baju kurung moden berwarna merah jambu bersama tudung shawl terlilit di kepala membuatkannya terpaku. Tak pernah dia pakai baju begini. Dulu pun semasa berkahwin dengan Bahar, selepas itu dirinya jadi tak terurus sampailah dia bertemu dengan keluarga kandungnya.
"Ya Allah, manisnya anak ibu pakai tudung ni." Tersenyum lebar Puan Sri Kinan ketika melihat anak perempuannya memakai tudung. Walaupun belum sepenuhnya tertutup aurat itu, tapi nampak manis.
"Mairah pun setuju sangat. Kena pula warna merah jambu ni sesuai dengan warna kulit cerah Syifa." Umairah juga turut memuji. Tipulah mata tak terpukau, silap hari bulan mungkin auranya sebagai seorang pengantin pun boleh tenggelam disebabkan kecantikan Syifa.
"Risau pula, bu. Nanti Syifa buat tenggelam pengantin."
"Eh, tak payah risau. Saya dengan Ziyad pun pakai baju warna putih. Tak adalah tenggelam."
"Saya risau je..." Syifa tatap muka Umairah. Walaupun Umairah ini sedikit muda daripadanya, tapi percayalah. Umairah punya otak lebih geliga. Laju saja gadis itu menganalisis setiap masalah. Dan Syifa akui, Ziyad dan Umairah adalah gandingan hebat bila menggunakan otak.
Sama-sama bijak. Sama-sama cerdas.
"Ibu lupa nak tanya, pasal wedding planner semua okey dah ke?" Tanya Puan Sri Kinan kepada Umairah. Memandangkan majlis dah nak berlangsung minggu depan, dia pun nak tahu perkembangan terkini.
"Setakat ni okey je. Tinggal nak urus katering je."
"Alhamdulilah, eloklah tu. Lepas dah settle semua, kamu berehatlah. Tak naik seri nanti masa kahwin," pesan wanita itu. Cukuplah dia risau dengan Ziyad dan Umairah. Akhir-akhir ini pasangan itu sibuk sangat dengan kerja. Tak termasuk lagi dengan pengurusan majlis.
Penat!
"Insya Allah boleh bu..." Umairah angguk kepala kemudian dia mempamerkan senyuman. Sempat juga beberapa kali dia bergaduh dengan Ziyad tentang majlis, tapi nasiblah Ziyad jenis banyak mengalah dengan dia.
"Ibu..." Satu suara menyentuh halwa telinga masing-masing membuatkan mereka memalingkan wajah. Tubuh kaku di tempat mereka berdiri.
"Yad..." Puan Sri Kinan menyapa halus kedatangan anak lelakinya. Tapi lain pula, matanya mengerling ke arah figura lain yang hadir di belakang tubuh Ziyad. Siapa?
"Assalamualaikum aunty..." Luth pamer senyuman. Kekura tangan Puan Sri Kinan dikucup perlahan membuatkan wanita itu terpaku. Mata silih berganti memandang Ziyad.
"Kawan Ammar, seorang peguam."
"Oh..." Wanita itu membulatkan mulut. Cakap sahaja tentang kawan Ammar, barulah dia ingat muka lelaki yang pernah menghantar Syifa balik ke rumah. Dalam masa yang sama, Syifa terpaku.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...