RKT | 24

1.2K 131 7
                                    

"SYIFA nak sambung belajar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SYIFA nak sambung belajar."

Ringkas dan juga jelas. Cukup dengan ayat itu telah membuatkan Tan Sri Sufyan dan Puan Sri Kinan terpaku. Masing-masing mula memandang ke wajah Syifa yang betul serius dengan kata-kata itu.

"Sa-Sambung belajar?" Tanya Puan Sri Kinan sedikit terkejut. Manakan tidak, usia Syifa saja sudah mencapai tiga puluhan. Bukan senang mahu melanjutkan pengajian sekarang.

"Ya, Syifa nak ambil course kulinari."

Sekali lagi orang tua itu terdiam. Tekad Syifa bukan main-main bila mahu menuntut ilmu yang dia minati. Tak cukup dengan kelas memasak, Syifa pula nak menceburi bidang kulinari.

"Jangan tipu ibu, Syifa. Macam mana kamu nak sambung belajar dengan usia macam ni? Tau tak yang ada dekat kampus sekarang tu dah kira golongan adik kamu."

"Namanya belajar, bu. Ramai je orang dekat luar sana belajar tak kira umur. Walaupun umur Syifa dah tiga puluhan, jiwa ni masih muda tau." Syifa tersengih sambil memandang ibunya. Tidak ingin lagi menunda keinginannya untuk melanjutkan pengajian.

Dulu dia tidak ada kesempatan untuk melanjutkan pengajian sebab berkahwin pada usia yang muda. Masa-masa mudanya juga tidak dapat dinikmati dengan baik setelah menjadi seorang isteri. Dia cuma banyak menjalankan tugas hakiki sebagai seorang isteri dan suri rumah.

"Hurm, yalah jiwa masih muda. Tapi kamu okey ke nak ambil semua tu?"

Tak teragak-agak Syifa mengangguk mengiyakan.

"Dah try apply?"

"Dah. Dah kena terima pun."

"Hah?!" Makin tinggi nada Puan Sri Kinan. Ingatkan baru nak apply, rupa-rupanya Syifa dah lama bergerak sendiri. Dia saja yang lalai.

"A-Apasal tak bagitahu ibu?"

Gadis itu mempamerkan senyuman nipis.

"Saja, nak surprise."

Puan Sri Kinan mengeluh panjang. Dalam diam, rupa-rupanya anak perempuannya sudah merancang segala apa yang gadis itu ingin lakukan. Dia saja yang tidak tahu menahu tentang itu.

"Habistu macam mana dengan kelas memasak?" Soal Puan Sri Kinan. Masih rancak menyoal sedangkan Tan Sri Sufyan masih diam di posisi duduk itu.

"Minggu depan, minggu last Syifa dekat sana. Lepas tu Syifa berhenti."

"Belajar dekat mana?"

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now