RKT | 15

1.3K 137 7
                                    

DARI atas ke bawah, Syifa merenung penampilan sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DARI atas ke bawah, Syifa merenung penampilan sendiri. Dia mengenakan dress bertemakan floral, rambut pula dibiarkan terurai bebas. Masa itu juga, terasa degupan jantungnya semakin laju. Kenapa ya? Tak pernah-pernah dia rasa gugup bila nak keluar.

"Dah siap ke? Luth dah tunggu dekat luar." Puan Sri Kinan melaungkan suara. Pantas, Syifa meraih beg tangan di atas meja solek sebelum keluar menuruni anak tangga.

"Syifa pergi dulu..."

"Ya, hati-hati. Jangan balik lambat sangat."

"Okey..." Syifa mengangguk mengiyakan. Tanpa berlengah, kaki segera diatur keluar dari rumah dan saat itu anak mata tertumpu ke arah kelibat seorang lelaki sedang berdiri bersandarkan dinding kereta sambil menatapnya dengan senyuman.

Siapa lagi kalau bukan lelaki itu, Luth Qayyid.

"Lama tunggu ke?" Soal Syifa. Dia mengebam bibir dengan rapat. Bajunya sempat dirapikan sedikit sambil dia menundukkan kepala itu. Malu.

"Tak. Saya baru sampai."

Tidak tunggu lama, Luth membukakan pintu untuk Syifa dan membiarkan gadis itu masuk ke dalam perut kereta terlebih dahulu. Setelah itu, barulah Luth yang memasuki kereta tersebut.

"Ibu kata awak nak bawa saya keluar." Gadis itu bersuara. Sesekali dia melontarkan pandangan ke arah Luth di samping.

"Ya, saya minta izin dengan aunty."

"Kenapa cakap dengan ibu? Kenapa tak cakap dengan saya je?" Banyak betul persoalan yang ada di daam minda Syifa. Yalah, daripada ramainya lelaki di dunia ini. Rasanya Luth seorang aje lelaki yang dia jumpa bersikap macam itu.

"Anak orang. Tak sopan saya nak bawa anak perempuan orang keluar sesuka hati tanpa izin orang tua," beritahu lelaki itu. Sekurang-kurangnya dia sebagai lelaki tahu tentang adab bila bawa anak perempuan orang keluar rumah.

Bukannya main redah saja nak bawa.

"Oh..."

"Sihat?" Soal Luth. Setiap kali mereka berjumpa, tentu Luth akan tanya sama ada dia sihat atau tidak.

"Sihat. Awak?"

"Syukur, sihat." Bibir mungil lelaki itu tersenyum nipis. Mata tidak dapat melepaskan tatapan daripada wajah cantik itu. Jika benarlah gadis itu jodohnya, Ya Allah. Satukanlah kami. Luth sudah menitipkan doa. Entah kenapa hatinya kuat betul mahu menjadikan Syifa sebagai pasangan hidupnya.

"Pakai tali pinggang tu..."

Mendengarkan itu, Syifa terus menurut. Tali pinggang keselamatan segera ditarik kemudian dipakai sebelum Luth membawa kereta itu keluar dari perkarangan rumah.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now