WAJAH itu serius setiap kali membaca isi fail kesaksian yang ada di atas meja itu. Bukan satu, bukan dua dan bukan juga tiga. Boleh dikatakan ada berpuluh-puluh di atas fail yang perlu dibaca sebelum dibawa masuk ke mahkamah untuk perbicaraan.
"Banyak kerja lagi ke?" tegur Datin Adruja sebaik sahaja masuk ke dalam ruangan itu. Seperti biasa dalam jam dua belas malam, Luth masih sibuk dengan kerjanya.
"Sikit lagi..." bisik Luth dalam keadaan gelap tetapi di atas meja itu masih disinari dengan lampu.
"Nak umi buatkan kopi?"
Luth geleng kepala. "Tak apa, nak siap dah."
Datin Adruja angguk kepala. Perlahan-lahan kaki mula diatur menghampiri katil itu kemudian melabuhkan punggung di atas katil tersebut. Anak mata terus memandang ke wajah Luth.
"Ada benda nak cakap dengan umi ke?" tanyanya pula. Entah kenapa beberapa jam yang lepas, Luth menghantar mesej kepadanya untuk bertemu di bilik itu. Tak pernah-pernah lagi Luth buat macam itu.
"Saja. Luth nak tanya pendapat umi."
"Pendapat apa?" Datin Adruja angkat kening itu.
"Luth nak kenal dengan seorang perempuan tapi Luth tak pasti kalau dia nak kenal dengan Luth."
"Lepastu?"
"Umi kan perempuan. Nak tau pendapat umi bila ada lelaki cuba dekat." Tanya Luth lagi. Kali ini dia sedikit ragu-ragu. Beberapa minggu selepas pertemuannya dengan seorang gadis bernama Syifa itu membuatkannya tidak senang tidur. Bukan apa, wajah gadis itu seringkali bermain dalam mindanya.
Takut-takut pula jatuh benda yang tak baik. Jadi lebih baik dia cuba berkenalan dengan gadis itu.
"Umi kenal ke orangnya?"
Luth menggeleng. Sementara, Datin Adruja anggukkan kepala itu.
"Pertama kali ke Luth jumpa dia?"
Sekali lagi Luth mengangguk. "Pertama kali."
"Pertama kali tapi Luth dah suka kat dia?"
Bibir itu dikemam rapat.
"Luth tak pasti sama ada Luth suka atau tidak. Cuma Luth nak cuba berkawan dengan dia."
"Kamu pasti ke? Kalaulah kamu dah lama berkawan dengan dia, lepastu hubungan tak jadi. Tak ke bagi kesan buruk dekat dia?" Tanya si ibu. Risau rasanya. Dia tahu selama ini Luth juga pernah membina hubungan dengan mana-mana perempuan.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...