"AWAL balik?"
Langkah Luth terhenti bila ada satu suara mula menegurnya. Pantas, tubuh berpusing ke belakang sambil mengerutkan dahi. Entah dari mana datangnya Ammar, tiba-tiba saja muncul di belakang sebelum masuk ke lif.
"Umi suruh balik cepat," beritahu Luth dengan nada rendah. Sebaik saja selesai meeting bersama klien, dia terus keluar dari pejabat. Cukuplah dia teringat dengan raut wajah Datin Adruja tadi pagi. Kasihan ada, rasa bersalah pun ada. Buah mangga pun tak beli lagi.
"Kenapa? Ada kenduri ke?"
Luth geleng kepala. "Kenduri apa bendanya, tak ada orang meninggal pun."
"Manalah tahu kau tiba-tiba nak kahwin ke?" Ammar sengaja mengusik sambil mengangkat keningnya.
"Partner pun tak ada. Inikan nak kenduri kahwin? Entahlah Mar, aku pun tak tau bila aku nak kahwin." Lelaki itu mengeluh sendiri. Bukannya dia tak pernah menjalinkan hubungan, pernah aje semasa di luar negara dulu.
Tapi sayangnya, tak ada seorang wanita pun berjaya membuka hatinya untuk berkahwin.
"Syifa kan ada?" Ammar sengih lagi. Bukannya dia tak tahu Luth sukakan Syifa. Tahu sangat, cuma dia pun suka simpan rahsia dan mengusik Luth. Kalau dulu Luth yang suka usik dia tentang Rose, dan sekarang giliran dia pula.
Baru adil!
"Dia nak ke aku?" tanya Luth. Tak membantah tapi dia mahu lebih tahu tentang gadis itu.
"Cubalah mengorat. Kau kan lelaki, buatlah first move."
"Macam mana nak first move kalau dia pun susah sangat nak jumpa. Kau pun satu tak bagi aku nombor telefon dia..."
Seketika Ammar mengeluh panjang.
"Aku tak ada nombor telefon dia. Yang ada cuma Rose, dan abang-abang dia. Kau tengok betapa susahnya nak dekat dengan dia, kan? Dia bukan perempuan yang senang kau nak dekat. Susah, mungkin susah daripada tembok simen kut," duga Ammar. Yang tahu tentang Syifa kebanyakannya cuma Raudhah dan Rose.
Merekalah selalu bersama dan tentang Syifa, Ammar cuma tahu daripada isterinya, Rose.
"Serius?" Luth tayang muka terkejut. Pertama kali dia jumpa perempuan macam itu.
"Nak tanya lebih, tanyalah Rose."
"Kalau aku tanya lebih-lebih nanti, kau pula panas. Kau kan tak suka orang ganggu bini kau?" Luth pula cuba mengusik Ammar. Ingat dia nak mengaku kalah ke bila dengan Ammar? Maaf untuk dibilang, tidak akan!
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...