RKT | 13

1.2K 119 5
                                    

DATIN ADRUJA mula kerutkan dahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DATIN ADRUJA mula kerutkan dahi. Sedari tadi dia hairan dengan sikap anak lelakinya. Asyik diam tanpa berkata apa-apa tapi raut wajah menampakkan lelaki itu dalam masalah. Apa yang jadi sebenarnya? Padahal sebelum ini okey saja.

"Haih Luth, kenapa ni?" Tegur si ibu. Perlahan-lahan wanita itu melabuhkan punggung di atas kerusi. Anak mata merenung seraut wajah Luth itu. Nampak muram dan serabut. Entah apalah yang difikirkan oleh anak lelakinya.

Mendengar sahaja teguran Datin Adruja, Luth segera menghela nafas panjang. Dia duduk bersandar sambil meletakkan kepala di atas kepala sofa itu.

"Umi..."

"Hurm, kenapa ni?" Teliti sungguh Datin Adruja memandang anak lelakinya. Nampak macam serabut sangat Luth ni.

"Umi tau ke Syifa pernah kahwin?" Soalnya membuatkan wanita itu terkedu. Kahwin? Syifa? Syifa pernah berkahwin? Dia cuba menghadam satu persatu bait kata yang diujarkan oleh anak lelakinya.

Terkejut itu iya. Selama ini dia tidak pernah tahu pun Syifa pernah berkahwin. Bahkan tak ada tanda-tanda pun Syifa seorang janda.

"Dari mana kamu tahu?"

"Umi tau ke?"

Datin Adruja menggelengkan kepalanya. "Tak tau, umi tau pun bila Luth bagitau umi. Siapa yang cakap?"

"Syifa sendiri." Luth kebam bibir. Hati sedikit kecewa bila tahu ada lelaki yang sudah pernah memiliki gadis itu. Ingatkan dia boleh memiliki Syifa seutuhnya tapi sangkaannya meleset.

"Jadi, kamu dah tak nak Syifa?" Tanya Datin Adruja. Takkanlah tentang Syifa pernah berkahwin, Luth mula berbelah bahagi? Luth mula merasakan diri sia-sia mengejar seorang perempuan yang sudah berkahwin?

"Bukan macam tu umi..."

"Tengok gaya kamu, macam dah tak nak. Takkan sebab Syifa tu dah pernah kahwin. Kamu dah tak nak?"

Luth menggeleng keras. "Ini bukan sebab Syifa dah pernah kahwin atau tak, mi. Tapi Luth..."

"Tapi apa Luth?" Kening si ibu ternaik. Sedikit bengang.

"Luth cemburu."

Datin Adruja terpempan. Terdiam kemudian kaku di tempatnya duduk. Dia memandang dalam anak mata Luth. Cemburu?

"Hah?" Wanita itu terpinga-pinga. Dahi makin kelihatan kerutan.

"Entahlah!" Luth hela nafas tak tentu. Bila tahu sahaja Syifa pernah berkahwin, dia mula membayangkan seorang lelaki yang pernah memiliki gadis cantik itu.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now