"LUTH?"
Suara Datin Adruja membuatkan kedua-dua kaki itu berhenti melangkah. Anak mata turut tertumpu ke satu arah bila melihat wajah itu. Mulut kembali bungkam. Kenapa Syifa ada di sini? Luth mulai berbisik dalam hati. Takkanlah...
"K-Kenapa..." Pandangan Syifa mula berpindah silih berganti. Sekejap pandang Datin Adruja, sekejap dia pandang Luth. Kenapa lelaki itu ada di sini? Otaknya terhenti seketika. Dia jadi hilang kata.
"Kamu dah balik? Kenapa tak call umi nak balik?" Datin Adruja melangkah menghampiri anak lelakinya. Senyuman wanita itu kembali terukir lebar. Suka.
"Luth saja nak balik tak bagitau umi," balasnya. Tapi mata masih menatap wajah Syifa.
"Syifa, sinilah... Ni hah anak aunty, nama dia Luth." Tak segan Datin Adruja mahu memperkenalkan anak lelakinya. Dan ketika itu, Syifa hanya menunjukkan reaksi biasa. Dia tahu nama lelaki itu Luth, tapi dia tak tahu pun Luth itu anak kepada Datin Adruja.
Bila melihat di depan mata, barulah Syifa sedar Luth memiliki persamaan dengan wajah Datin Adruja. Cuma Luth adalah versi kacak wanita itu.
"Kenal saya masih tak?" soal Luth sambil menunjukkan sengihan. Kali terakhir dia menemui gadis itu ketika majlis ulang tahun anak Ammar, sekarang dia bertemu lagi. Bukan berdua, tapi bertiga dengan ibunya.
Indah sungguh perancangan Tuhan, bukan?
"Luth kenal Syifa ke?" Datin Adruja mula menyoal. Dahi wanita itu menunjukkan kerutan. Luth kenal ke dengan Syifa? Kalau iya, dimana mereka bertemu?
"Sepupu Rose, kan?"
Syifa kemam bibir dengan rapat. Kepala diangguk saat ditanya soalan begitu. Rupa-rupanya Luth masih kenal dia. Saat itu, Datin Adruja juga menunjukkan reaksi terkejut.
Siapa sangka dunia ini kecil. Dulu dia berharap sangat Syifa ditemukan dengan Luth, tapi sekarang. Bukan setakat bertemu, dah terletak pun di dalam hati anak lelakinya.
"Lah, macam tu ke?" Bibir Datin Adruja menarik senyuman paling lebar. Adalah harapan nak menantukan Syifa!
"Oh ya kejap! Umi nak masuk dulu, dah alang-alang jumpa ni. Berbuallah sekali sekala," tutur wanita itu sebagai alasan. Padahal dalam hati, dia mahu beri peluang pada Luth. Yalah, bukannya dia tak tahu anak lelakinya itu kesusahan nak jumpa pujaan hati.
Ini pun dah kira rezeki.
Ketika kelibat Datin Adruja mula hilang daripada pandangan, Syifa diam tak berkutik. Rasa segan dan malu makin bertambah bila dia berdepan dengan seorang lelaki. Makin malu juga dia bila terkenang balik penampilan maskot doreamon. Haih!
"Kita jumpa lagi..." Akhirnya Luth bersuara.
"Ya..."
"Nama awak Syifa, kan?" soal Luth. Sedikit berhati-hati. Takkan dia nak terus usha, tak pasal-pasal Luth melepas pula nanti.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...