"DIAN, kenapa asyik senyum ni?" Tanya Puan Kejora bila melihat anak perempuannya sedari tadi hanya tersenyum tanpa sebarang alasan. Ada menang loteri ke?
"Ma, cuba teka Dian jumpa siapa tadi?"
"Siapa?" Puan Kejora mengerutkan dahi sambil dia mengangkat pula sebelah keningnya. Siapa pula anak perempuannya jumpa ni kali ini?
"Luth." Dian memberitahu dengan senyuman terpamer di wajah itu. Setelah dua tahun dia tidak bersua muka dengan Luth, kali ini dia bertemu dengan lelaki itu sekali lagi.
"Luth? Dia dah balik Malaysia ke?"
Dian mengangguk mengiyakan. Setahu Puan Kejora, Luth bekerja di Paris dan bertemu dengan Dian semasa Dian melanjutkan pengajian di sana. Susah payah Dian mahu menambat hati lelaki itu. Hampir setahun juga anak perempuannya mengejar Luth.
"Habistu?" Puan Kejora tertanya-tanya. Dua tahun lepas Dian dan Luth sudah memutuskan hubungan. Tapi entah kenapa, Dian pula teruja bila berjumpa semula dengan Luth.
"Ma rasa kalau Dian teruskan dengan Luth. Ma okey tak?"
"Dian?" Lidah Puan Kejora kelu. Takkan Dian sudah lupa apa yang jadi dua tahun yang lepas?
"Sampai sekarang Luth tak kahwin lagi, mesti dia tak boleh lupakan Dian, kan ma?" Gadis itu masih tersenyum sambil menuturkan kata-kata tersebut. Tak semena-mena Puan Kejora terdiam di posisi. Mulut itu bungkam.
"Dian, kamu dah lupa apa yang kamu buat dua tahun yang lepas?"
"B-Buat? Dian buat apa, ma?" Raut wajahnya berubah polos. Puan Kejora mengetap bibir itu dengan rapat. Hati bagaikan dihiris dengan pisau yang tajam.
"Dian, kamu sendiri yang putuskan hubungan dengan Luth. Kamu yang cakap kamu ada hubungan dengan lelaki lain. Sekarang kamu nakkan Luth semula?" Nada Puan Kejora naik seoktaf. Dia tidak lupakan itu. Malah dia ingat macam mana Dian mengaku sendiri.
Dan sejenak, Dian terdiam.
"D-Dian cakap macam tu?"
Puan Kejora angguk kepala.
"T-Tak... Dian tak ada cakap macam tu." Kepala terus digeleng keras. Dia tidak ingat ayat itu keluar daripada mulut itu. Yang Dian pasti, hatinya cuma ada untuk Luth. Dia tidak pernah menyukai sesiapa selain Luth seorang.
"Mustahil Dian cakap benda tu."
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...