SELESAI saja kelas memasak, Datin Adruja mengajaknya untuk makan bersama di luar. Untuk pertama kalinya dia keluar bersama orang lain selain keluarganya. Kalau bukan Puan Sri Kinan, Raudhah. Kalau bukan Raudhah, tentu Ziyad atau Rose. Itu saja rutinnya. Lebih-lebih lagi bila Haqqim dan Orked melekat dengan dia. Mulalah jadi babysitter tanpa bayaran.
"Ais lemon tea dua, nasi goreng pataya satu dan mee goreng basah satu. Itu je kan?" Soal seorang pelayan sambil memandang wajah-wajah di depan itu. Tangannya mula menulis setiap pesanan tadi.
"Ya, itu je." Datin Adruja angguk kepala. Sebaik saja mendapatkan kepastian, langkah pelayan tadi mula beredar meninggalkan Datin Adruja dan Syifa berdua.
"Aunty memang suka makan makanan kat restoran mamak sebab lagi banyak, lepastu murah. Kalau dekat restoran mahal-mahal, makanan pun seciput. Tak berbaloi," komen wanita itu dengan gelengan kepala. Kalau bukan sebab Luth yang selalu membawa makan ke restoran mewah setiap kali ulang tahunnya, dia pun takkan pernah menjejakkan kaki ke restoran mewah itu.
Tapi bila hari-hari biasa, restoran mamak saja yang akan jadi tumpuannya. Tak payah soal, dia terus memandu ke restoran mamak.
"Favourite aunty apa?"
"Selalunya mee goreng basah. Itu je yang aunty suka makan. Kalau dah bosan sangat makan, tukar mee hoon pula."
"Boleh?"
Datin Adruja angguk kepala. "Ada je orang makan mee goreng basah guna mee hoon. Tapi ikut selera orang juga. Ada yang tak suka, ada pula yang suka. Syifa pula suka makan apa?"
"Suka makan nasi goreng kampung. Kadang Syifa suka juga makan tomyam, cuma jangan ada carrot."
"Alergi?" Wanita itu mengangkat sebelah keningnya.
"Ya, alergi." Kepala diangguk mengiyakan. Selama ini Puan Sri Kinan selalu saja masak tomyam, cuma asalkan tak ada lobak merah. Dia boleh makan.
"Oh faham, patutlah kelas memasak kita sebelum-sebelum ni kamu tak pakai carrot. Alergi rupanya..."
"Ya..." Syifa cuba untuk senyuman. Lama mereka menunggu, tiba-tiba beberapa orang pelayan membawa makanan yang dipesan tadi. Diletakkan di atas meja hingga terhidu aroma yang enak. Tambah pula dengan perut lapar, betul-betul menguji iman.
"Terima kasih," ucap Syifa lembut kepada pelayan-pelayan tadi.
"Makanlah... hari ni aunty belanja."
Belum sempat Syifa bacakan doa, tiba-tiba Datin Adruja berkata demikian. Tak semena-mena mulutnya bungkam. Belanja?
"Tak payahlah, aunty. Syifa boleh bayar se—"
"Hari jumaat ni, Syifa. Anggap je aunty bersedekah. Sama-sama kita kongsi rezeki, boleh kan?" Datin Adruja langsung tidak menunjukkan kesombongan mahupun rasa kedekutnya.
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...