RKT | 27

1.3K 144 8
                                    

SUNYI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUNYI. Kenapa dia ada dekat sini? Kenapa dia boleh sampai ke sini? Kenapa? Dian mulai hilang kata-kata. Tubuhnya terus kaku bila menyedari keberadaan diri itu sekarang. Rasanya tak jauh kut dia joging tadi, tapi kenapa dia boleh sampai ke sini?

"Kenapa aku ada di sini?" Soalnya. Suara mula berketar. Air mata hampir gugur. Takkan penyakitnya kembali kambuh?

"Excuse me, miss..."

Dian tersentak. Tangan naik menyentuh rambut sendiri sambil dia menatap wajah seorang lelaki yang ada di hadapannya. Seorang lelaki berpakaian windbreaker dipadankan dengan seluar tracksuit hitam. Mereka saling berpandangan.

"Apa yang awak buat dekat sini?" Soal lelaki itu. Wajah berubah hairan bila memandang Dian yang sedang duduk di bahagian pokok-pokok tinggi. Kawasan sunyi dan jarang orang lalu. Lebih-lebih lagi perempuan.

"I...I... dekat mana?" Dian menyoal lelaki itu.

"Taman botanikal. Tapi awak dah jauh lari ni... Awak sesat ke?"

Dian hela nafas panjang. Nasib baik dia masih di dalam kawasan yang sama. Dada diusap lembut sebelum dia duduk mencangkung. Wajah disembamkan pada lutut itu.

Dalam masa yang sama, lelaki tadi menunjukkan reaksi terkejut.

"Hei, kenapa nangis?" Tanya lelaki itu. Tak semena-mena dia berkebil mata memandang Dian. Dia salah cakap ke sampai perempuan di hadapannya mula menangis?

"Hei, miss... Ke-Kenapa pula menangis ni?" Soalnya lagi. Ketika mendengar pertanyaan lelaki itu, Dian mengangkat wajah. Mata menatap wajah lelaki yang ada di hadapannya.

"I tak nangis..."

"Awak kata awak tak nangis. Habistu kenapa ada air mata keluar?"

Dian segera menyeka air mata yang tersisa. Jujur dia tidak mahu ada orang lain melihat dirinya lemah. Ingatkan dia takkan alami lagi, tapi kali ini dia mengalami perkara yang sama seperti dua tahun yang lepas.

"Sorry..." Tubuh kembali berdiri. Kaki bersiap sedia disusun pergi meninggalkan lelaki itu. Ya, mungkin lebih baik jika dia tidak berdepan dengan lelaki itu ketika menangis.

"Eh, kejap miss!" Lelaki itu mengejarnya daripada belakang. Seketika Dian terhenti bila lelaki itu cuba menahan pergerakannya dengan menghalang laluan. Mata yang mula berkaca-kaca menatap ke wajah itu.

"Mana boleh macam ni, awak kena explain dekat saya. Kenapa awak tiba-tiba menangis?" Soalnya. Sekali lagi.

"Tak ada."

Lelaki itu terdiam. Bila Dian cuba melanjutkan langkahnya, dia hanya berdiri tanpa mengerakkan apa-apa seluruh badan itu. Kenapa perempuan itu menangis?

"Ya Allah kasar sangat ke aku cakap?" Dia berbisik sendirian. Sumpah, dia tak tahu apa salah diri itu. Sedangkan nadanya tak adalah tinggi sangat tadi, takkan boleh buat orang tersinggung?

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now