TUBUH langsung direbahkan di atas sofa. Pulang sahaja dari kampus, dia cuba merehatkan diri memandangkan sudah seharian kelas. Dia pun bukannya muda lagi, dan bukan juga nak dikatakan terlalu tua. Tetapi stamina aje tak macam dulu.
Lama merenung siling, tiba-tiba Syifa tersentak bila bunyi telefon bimbitnya mula berdering kuat. Laju tangan meraih telefon bimbit yang terletak di atas meja.
Ibu.
Memandang nama pemanggil itu ibunya, lantas Syifa mengangkat panggilan tersebut. Skrin telefon dilekapkan pada cuping telinganya. Bibir mengukir senyuman. Takkan ibu dah rindu dia?
"Assalamualaikum..." Lembut nada Puan Sri Kinan memberi salam.
"Waalaikumsalam, kenapa? Dah rindu ke?" Syifa menjongket sebelah keningnya. Baru beberapa hari dia berjauhan dengan Puan Sri Kinan, wanita itu tidak henti-henti menghantarkan mesej. Mungkin dah bosanlah tu duduk seorang dekat rumah.
"Ibu manalah yang tak rindu anak..." keluh wanita itu tidak semena-mena telah mengundang tawa Syifa.
"Macam mana kelas hari ni, okey tak?"
Syifa mengangguk. "Okey... rasanya Syifa masih muda. Dalam kelas tu Syifa sebaya je dengan dia orang. Semuanya sporting."
"Dia orang okey tak dengan kamu?" Nada Puan Sri Kinan berubah sedikit risau. Iyalah, kalau diikutkan Syifa tak payah pun nak belajar. Tapi bila keinginan Syifa sendiri, dia tak ada kuasa hendak menghalang.
"Okey. Siap panggil akak lagi. Syifa suka!" Kedengaran rasa teruja. Bukan selalu nak kena panggil 'kakak'.
"Amboi suka pula dia. Sibuk suka tu, dah yakin dengan perasaan ke?" Tanya si ibu membuatkan Syifa terpaku seketika. Kini dia merenung siling apartmen itu.
"Perasaan apa?"
"Perasaan kat Luth."
"Nak kata yakin sangat, bukan seratus peratus tapi Syifa nak cuba yang terbaik dengan Luth."
"Baguslah tu nak cuba. Mana yang baik tu kita perjuangkan. Lagipun niat Luth tu elok... dia bukannya nak bawa kamu ke arah yang tak baik."
Syifa mula terdiam. Cakap tentang niat yang baik. Dia tahu niat Luth ingin berkahwin dengannya sudah cukup baik. Belum ada lagi lelaki yang mahu menerima statusnya memandangkan dia seorang janda.
Tapi cuma Luth. Dia lain daripada kebiasaannya.
"Ibu harap lepasni Luth bolehlah jaga anak ibu dengan baik. Ibu tak nak anak ibu sakit lagi, ibu tak nak anak ibu menangis siang dan malam. Biarlah anak ibu ni bahagia, boleh kan?"
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...