PROLOG I

1K 32 2
                                    

Assalamualaikum readers saya semuanya... Disini saya nak announce yang cerita The Death Eater by Adwa Nafeesa bakal dipublish bermula sekarang. Cerita TDE ni akan bergerak seiring dengan Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... Happy reading! Semoga kena dengan citarasa kalian🫰🏻 Sincerely, Adwa❤️

*Dilarang sama sekali untuk plagiat!*


Perlahan-lahan mata terbuka namun pandangannya gelap. Kepala yang berat diusahakan untuk mendongak. Keadaan sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Tangan cuba dilepaskan daripada ikatan pada kerusi namun gagal. Tidak pernah dia gagal sebagai seorang komando namun kali ini dia kalah. Dia lalai.

"Good morning!"

Kain hitam yang digunakan untuk menutup seluruh mukanya dicabut. Musuh di hadapan kelihatan girang. Sungguh dia benci dengan lelaki durjana di hadapannya ini. Dia pernah berhadapan dengan musuh yang licik namun gerangan di hadapannya lebih licik.

"Kau buat apa ni syaitan?! Mana budak-budak aku?!" jerkahnya dengan kuat.

Soalan dibiarkan tidak berjawab malah tawa yang kuat kedengaran.

"Uii, marahnya encik abang kita ni. Nak menopaus ke? Hahahaha!" Lelaki bertopeng itu ketawa dengan kuat. Dia menarik kerusi besi itu lalu duduk dilabuhkan bertentangan dengan Kapten Wang.

"Aku boleh bagi balik budak-budak kau... Tapi dengan satu syarat." Lelaki itu bersuara lagi. Tawanya sudah reda dan suaranya kedengaran serius.

"Syarat apa?"

"Syaratnya ialah kau kena main satu permainan yang aku cipta. Kalau kau menang, aku akan lepaskan seorang demi seorang budak-budak kau. Malah, aku akan lepaskan semua tebusan yang ada dekat dalam bangunan ni. Amacam?"

Jeda. Dia tidak boleh terus membuat keputusan dengan terburu-buru. Jika tersalah langkah, dia bakal jatuh ke dalam jerat musuh lagi. Otak terus berfikir dan berfikir.

'Come on Zach! Think!'

"Tiga..." Kiraan dimulakan untuk mengasak Kapten Wang untuk membuat keputusan.

"Dua..."

"Sa..."

"Okey! Aku ikut permainan kau. Kau nak aku buat apa?"

'Selamat datang ke permainan aku, kapten.'

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang