3

14.2K 433 0
                                    


Hari ini merupakan hari perpisahan Eddie dan Eliya kerana Eddie bakal mengikuti Latihan Khidmat Negara selama beberapa bulan.Eliya amat sedih kerana mimpi buruknya sudah bermula iaitu berpisah dengan abang tersayang.

"Mommy..Ummi..mesti ke Eddie pergi PLKN tu?.."tanya Eliya ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menghantar Eddie.

Marina hanya mengusap rambut Eliya yang panjang sehingga paras pinggang itu manakala Naimah memeluk bahu anak gadis kesayangannya itu.Sebagai ibu,mereka juga turut merasa sedih melihat keadaan anak mereka yang terpaksa berpisah itu.Eliya menitiskan air matanya kembali.Harun yang memandu serta Farid yang berada di sebelahnya juga turut bersimpati dengan keadaan Eliya yang masih belum matang fikirannya.

"sabar ya Liya sayang..abang kamu Eddie tu pergi sekejap je..nanti pejam celik..pejam celik dah balik.."pujuk Farid.Eliya hanya mengangguk lemah.Tangisan Eliya sudah reda.Dia terimbas kembali saat perpisahannya dengan Eddie sebentar tadi.

Eddie memegang tangan Eliya sambil tersenyum saat Eliya menitiskan air matanya..

"hey..kenapa adik abang nangis ni?.."tanya Eddie sambil menampar pipi Eliya perlahan.Memang begitulah cara mereka memujuk satu sama lain.Kasar tapi lembut..pelikkan ayat itu tetapi begitu la yang mereka lakukan untuk menenangkan hati masing-masing.

Eliya hanya tersenyum kelat..

"Eddie..mesti ke Eddie pergi?.."tanya Eliya.

"ye la..Liya nak Eddie kena denda ke sebab tak hadir latihan ni?.."

"laa..abis tu Liya macam mana?..Eddie tak pernah pisah dengan Liya sejak Liya lahir..macam mana kalau Liya kena
buli ke..kena kacau ke..siapa nak lindungi Liya lagi macam selalu?.."

"laa..Liya punya macam keras dan kasar macam ni masih ada orang nak kacau ke?..bukan ke Eddie dah turunkan semua ilmu mempertahankan diri kat Liya beberapa bulan lepas..takkan dah terhantuk pintu pulak kot.."

"isy..abang ni jahat la.."

"e'eh..abang kebende..geli Eddie..jangan panggil abang..tak macho tau..kita kan adik beradik yang macho..betul tak..jom kita buat symbol kita.."ujar Eddie lalu mereka berdua menyilangkan tangan mereka lalu melaungkan ayat yang mereka cipta sendiri iaitu "cross E.R sibling"..lalu mereka tergelak kuat kerana ramai yang memandang kearah mereka yang seperti orang dari Tanjung Rambutan yang sesat..ibubapa mereka hanya mengelengkan kepala dari jauh melihat aksi anak mereka yang seperti orang gila itu namun hanya itulah yang merapatkan mereka berdua iaitu sama tahap pemikiran yang agak gila-gila itu.

"bang..tengok anak kita tu..dah macam senget pun ada juga saya tengok.."ujar Naimah.

Marina hanya tergelak bersama Harun.

"eleh..awak pun sama juga macam tu dulu..100% ikut perangai awak tu.."usik Farid.

"erm ye la..tapi tang 'cross' tu awak yang ciptakan untuk mereka kan masa kecil-kecil dulu.."
akhirnya mereka tergelak melihat telatah anak-anak mereka.Agaknya tanpa Eddie dan Eliya pasti rumah itu ibarat padang yang kemarau tanpa sekelumit pun kegembiraan.Eliya teringat ayat terakhir Eddie adalah..

"Liya..Liya kena janji dengan Eddie..tak kira apa jadi..Liya kena jaga mak ayah dan atuk..jagakan diorang bagi pihak abang ye..dan janji Liya akan selalu lawat abang..Eddie sayang Liya..Liya satu-satunya adik Eddie.."ujar

Eddie sebelum mereka berpisah sebentar tadi.Eliya kembali menangis mengingati ayat itu.Eliya menangis sehingga dia tidak perasan dia sudah tertidur di pangkuan ibunya Marina.

Seminggu kemudian..

"ayah..papa..jom la kita lawat Eddie..Liya rindu la kata bang Eddie tu..tolong la..please..please..please.."pujuk Eliya sambil memeluk bahu kedua-dua lelaki itu sehingga hampir tidak bernafas.

Jangan !!! Dia SuamikuWhere stories live. Discover now